Friday, June 11, 2010

Video Serangan Awal Israel ke atas Flotilla dari Iara Lee

Sebelum demam Piala Dunia bermula, aku nak kongsi lagi satu video mengenai serangan Israel laknatullah ke atas Freedom Flotilla MV Marmara. Dalam kita nak berseronok tengok bola, harap-harap fokus kita masih jelas dan tidak lupa ke atas serangan kejam Israel itu sepanjang Piala Dunia nanti.

Video di bawah ini menunjukkan serangan awal Israel ke atas Freedom Flotilla MV Marmara. Video diambil oleh Iara Lee, seorang berbangsa Korea/Brazil yang merupakan seorang director filem yang berpusat di New York. Visual selama 15 minit ini jelas menunjukkan keadaan di atas kapal MV Marmara ketika serangan awal komando Israel. Dikatakan rakaman ini berjaya diseludup/selamatkan dari rampasan tentera Israel.



+ + + + + + +

Dengarnya untuk misi bantuan ke Gaza seterusnya, 500 kenderaan akan bergerak ke Gaza dari jalan darat, dan 60 buah kapal akan menuju ke Gaza dari jalan laut. Dijadualkan akan bermula selepas bulan Ramadhan nanti. Apa agaknya tindakan Israel laknatullah nanti? 



p/s : Eksklusif temubual Iara Lee di Democracy Now! - Dengar cerita-cerita yang disorok oleh rejim zionis; Serangan ke atas Flotilla sudah lama dirancang, dan penjara khas baru dibina khas untuk tahanan semua aktivis.

3 feedbacks:

Hazzy Ishak said...

rejim zionis belum berpuas hati. harap-harap misi selepas ini tercapai dan selamat sampai

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

menyakitkan hati je kan?

firahadifa said...

aku harap sebabkan trajedi kapal tu , byk lagi jalan2 yg lain dibuka utk bawak masuk bekalan makanan..

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails