Monday, June 14, 2010

Keputusan Group D : Germany vs Australia (4-0)

4 - 0
 Goal : GER | Podolski (8'), Klose (26')
Muller (68'), Cacau (70')

Mantap! memang Mantap! Germany bermula garang dengan meratah Australia 4-0. Aku baru saja dapat tonton highlights (ya aku tak berjaya bangun). Letih sangat lepas shoot wedding Anne Hot FM semalam. Sangat gembira bila tengok keputusan perlawanan. Aku tak mahu cerita pun tentang 2 perlawanan awal. Yang aku tau Slovenia dan Ghana juga menang tipis ke atas lawan masing-masing.

Ternyata Podolski dan Klose menepati harapan semua. Menjaringkan gol awal pada minit ke-8 dan-26. Podolski melakukan rembatan cantik gila dari kiri pintu gol Australia. Klose menambah jaringan hasil tandukan macho habis daripada hantaran Phillip Lahm. Dua gol di separuh masa kedua oleh Muller dan tap-in mudah daripada pemain gantian Cacau. Pendek kata semua gol macho habis, tapi RTM tak tunjuk ulangan perlawanan. Aduh, teringin sangat nak tengok full match! Terpaksa cari download di internet. 

Lukas Podolski - 25 Tahun (FC Köln)
sila right click dan tekan "save as"

+ + + + + + +



2 feedbacks:

maslinamansor said...

wah... terernya....

CIKGU NAMAN said...

baru nak tengok ulangan ni..haha

1st big win la untuk edisi ni kan?

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails