Tuesday, June 22, 2010

World Cup 2010 : Portugal Bergaya, Chile Mara, 2 Gol Villa Benam Honduras

Portugal bertindak gila semalam apabila membelasah North Korea 7-0 tanpa belas kasihan. Jauh lebih hebat daripada persembahan pertama, Portugal membuka jaringan pada minit ke 29. Semua 6 gol lain datang pada separuh masa kedua. Ronaldo akhirnya mendapat gol yang ditunggu-tunggu pada minit ke-87. Dan pastinya bagi aku, Ronaldo adalah player of the match. Dia cukup menyerlah semalam. Mungkin Portugal lebih suka main dalam hujan kut?? 


7 - 0
Goal : POR | Meireles (29'), Simao (53'), Almeida (56')
Tiago (60')(89'), Liedson (81'), Ronaldo (87')


+ + + + + + +


Chile sekadar menang 1-0 ke atas Switzerland, dengan gol hasil tandukan dari Gonzales. Nampaknya Chile sudah boleh menarik nafas lega apabila mengesahkan kemaraan ke pusingan kalah mati.


0 - 1
Goal : CHI | Gonzales (75')


+ + + + + + +

Spain akhirnya menang dalam perlawanan kumpulan H semalam. Gol-gol dijaringkan oleh David Villa pada minit ke 17 dan 51. Villa sepatutnya menjaringkan hatrik namun gagal menyempurnakan sepakan penalti. Apa pun Spain melegakan peminatnya dengan kemenangan ini. Gol pertama Villa memang smart, walaupun boleh passing ke tengah, tapi dia nak score jugak!


2 - 0
Goal : SPA | Villa (17')(51')


+ + + + + + +

Jangan lupa undi ye! 
Yang mengundi juga turut berpeluang menang RM2500, 
pastikan gambar yang anda undi itu menang

0 feedbacks:

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails