Kapal MV Rachel Corrie
Pada 30 March 2010, sebuah kapal seberat 1800tan telah dibeli dari lelongan di Dundalk, Ireland dengan harga €70,000 (lebih kurang RM290,000) oleh Free Gaza Movement. Kapal tersebut dilengkapkan dan digunakan dalam misi bantuan ke Gaza, dan diberi nama sempena Rachel Corrie. Kapal ini sedang berlayar bersama-sama flotilla bantuan membawa bantuan makanan dan perubatan ke Gaza dan bakal menghadapi ancaman dari sekatan rejim Israel.
6 orang rakyat Malaysia sedang belayar bersama Rachel Corrie. Mereka terdiri daripada Shamsul Akmar, Matthias Chang, Faizal Azumu, Nizar Zakaria, Abdul Halim and Jufri Judin.
+ + + + + + +
Rachel Corrie
Itu kisah salah satu kapal yang menyertai flotilla ke Gaza. Tapi mungkin ramai yang sudah tahu, atau mungkin ada yang tidak tahu asal-usul nama Rachel Corrie itu. Rachel Corrie bukanlah seorang tokoh negarawan, ahli sukan mahupun artis popular. Beliau merupakan seorang aktivis dari Amerika Syarikat dan merupakan ahli International Solidarity Movement (ISM). Beliau terbunuh di semenanjung Gaza pada 16 March 2003 ketika cuba menghalang rejim Israel memusnahkan rumah seorang rakyat Palestin bernama Samir Nasrallah. Beliau dilaporkan mati di tempat kejadian walaupun cuba diselamatkan di sebuah hospital di Palestin.
Rachel Corrie yang cedera teruk
Seperti biasa rejim Israel menafikan pembunuhan Rachel dengan pelbagai alasan. Antaranya pemandu bulldozer tidak nampak kelibat Rachel di hadapannya. Sedangkan Rachel Corrie berada 15meter di hadapan bulldozer itu dengan memakai jaket berwarna terang dan menggunakan pembesar suara.
+ + + + + + +
Ya, aku pasti ramai sudah mengetahui kisah ini. Tapi ia baru bagi aku. Kadang-kadang kita terlepas pandang maklumat sebegini. Betapa besarnya perjuangan untuk kemanusiaan. Walaupun berbangsa Amerika, Rachel Corrie sanggup berdepan rejim Zionis demi keadilan bagi rakyat Palestin. Jadi kepada yang tidak tahu lagi sejarah nama kapal Rachel Corrie, harap korang sebar-sebarkan cerita ini. Satu lagi di antara berjuta-juta kisah kekejaman zionis Israel laknatullah ini.
Semoga perjalanan kapal Rachel Corrie yang semakin menghampiri Gaza tidak menghadapi gangguan dari tentera pengecut Israel.
SOURCE : dipetik dari wikipedia.org dan google.com
p/s : aku kurang semangat nak blogging sejak kisah serangan Flotilla Gaza ini. Rasa geram. Setiap hari aku makin mencari maklumat dan ingin tahu perkembangan misi mereka. Lambat-laun mungkin reda, tapi izinkan aku terus menulis mengenai kisah perjuangan Flotilla Gaza ini.
Dah cuba FormSpring FTN ------>
1 feedbacks:
oh baru tau pasal rachel corrie ni..thanks for the info.. apa pun israel memang kejam..tak boleh dipercayai..dan pemutar belit paling bodoh di dunia..panas beb!!
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan