Saturday, June 12, 2010

Keputusan Group B : Argentina vs Nigeria (1-0)

Keputusan terkini Argentina mendahului Nigeria 1 - 0 hasil tandukkan cantik Gabriel Heinze dari sepakan sudut oleh Juan Veron. Pertahanan Nigeria nampak rapuh sekali. Separuh masa kedua ada sedikit perubahan kepada rentak perlawanan.

Terus terang aku kata, perlawanan tadi agak membosankan. Walaupun ada beberapa serangan dari Argentina, namun bola lebih banyak berlegar di kawasan tengah padang. Penjaga gol Nigeria, Enyeama bermain cemerlang untuk mengawal gol daripada dibolosi dengan lebih banyak gol. Banyak cubaan Messi dinafikan dengan tampanan cantik.

Nigeria banyak membazir peluang dan banyak passing yang gagal. Terlalu mudah melepaskan bola dan tiada gerakan penyudah di hadapan gol. Pujian harus diberikan kepada penjaga golnya.

Keputusan perlawanan, Argentina menewaskan Nigeria dengan jaringan tipis 1-0



0 - 1
 Goal : ARG | Gabriel Heinze (6')


+ + + + + + +


Perlawanan seterusnya dijadualkan jam 3.00pagi waktu Malaysia. Siaran lansung di RTM1. Aku layan keputusan saja esok. Tak larat nak tengok dan perlu rehat untuk kerja di hari Ahad.




1 feedbacks:

QZ92 said...

cayalah argentina

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails