Malam ini, Argentina akan berdepan cabaran dari Asia iaitu South Korea. Messi pasti jadi tumpuan lagi. Pemain sensasi itu masih menanti gol pertamanya dalam World Cup. Bagi South Korea, apakah mereka mampu menahan asakan, dan mencabar kredibiliti pasukan benua Amerika Selatan itu? Pastinya ini perlawanan tumpuan malam ini!
FTN predict : Argentina menang tipis [2-1]
+ + + + + + +
Bagi perlawanan ini, aku jangka Nigeria akan menang mengatasi Greece. Nigeria telah menunjukkan permainan yang bagus ketika menentang Argentina. Dengan penjaga gol Vincent Enyeama yang dalam prestasi terbaiknya, tidak mudah bagi Greece menjaringkan gol. Aku cuma berharap Obefami Martins bermula sebagai kesebelasan utama. Kelajuan dan stamina Martins boleh kucar kacirkan Greece, dan rembatan jarak jauhnya memang terkenal ketika bermain di EPL dulu. Aku pilih Nigeria untuk menang perlawanan ini.
FTN predict : Nigeria menang [2-0]
+ + + + + + +
Agak sukar nak menentukan siapa boleh menang perlawanan ini. Mexico nampak hebat dengan kelincahan Dos Santos dan Carlos Vela. France hilang taring ketika seri tanpa jaringan dengan Uruguay. Harap-harap sesuatu perubahan drastik berlaku malam ini, dan terdapat jaringan gol dari kedua-dua pasukan.
FTN predict : France tewaskan Mexico [2-1]
0 feedbacks:
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan