Thursday, June 24, 2010

Germany jumpa England, Ghana Terjah USA

Selesai lagi dua kumpulan malam tadi. Di mana England berhempas pulas nak tewaskan Slovenia 1-0 untuk mara ke pusingan kalah mati. USA juga (yang aku tak suka) mara selepas menjaringkan gol kemenangan di minit-minit terakhir ketika melawan Algeria. Aku tidur tengok game tu, yang kelakarnya bangun saja USA terus score. Ciss, aku patut sambung tidur je.

Di dalam kumpulan favourite aku, kumpulan D..Germany mara!! yeahh. Germany menewaskan Ghana 1-0 hasil jaringan cantik molek kau memang debom dari Mesut Ozil. Dengan keputusan itu, Germany akan bertemu England. Ghana juga mara selepas Serbia tewas mengejut kepada Australia 2-1. Tak sabar nak tengok perlawanan England vs Germany. Harap-harap Subkidin jadi referree. Sebab RTM sebenarnya penyiar rasmi pengadil, bukan penyiar rasmi World Cup. Semalam RTM tunjuk USA vs Algeria sebab Subkidin jadi pengadil ke-4, walaupun kat Malaysia ini peminat USA dan Algeria tak seramai Germany dan Ghana.

Apa pun, tahniah kepada semua pasukan yang mara.

+ + + + + + +

Capello pun kadang-kadang boleh jadi Mak Temah
photo source : soccernet.com


Kesian Germany, kalau Subkidin jadi referree, mesti dapat tengok LIVE


+ + + + + + +

Jangan lupa undi ye! Undi jangan tak undi! Tolong kawan-kawan sikit

6 feedbacks:

Hazzy Ishak said...

suka betul baca dialog kat sini
kelakar

FTN said...

Hazzy >
hehe..nak menceriakan semua readers :D

monsterz said...

hehe...

btol btol :)

Sharinginfoz said...

tugas berat untuk england... tapi i want argentina to win

FTN said...

Sharinginfoz >
Argentina saingan hebat. Messi memang genius footballer.

tapi my pick is still with the Germans! :)

Matjoe said...

england kene tapau dgn jerman

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails