Ribery dah bengang tu weh!
Bekas Juara Dunia 1998 dan Euro 2000, France tewas kepada Mexico dalam perlawanan kedua kumpulan A malam tadi. Nampaknya France kena bersiap sedia secara mental dan fizikal untuk pulang awal kerana hanya mengutip 1 mata dari dua perlawanan. Uruguay dan Mexico sudah mengutip 4 mata. France perlu berharap Uruguay atau Mexico tewas, dan menjaringkan banyak gol ketika menentang South Africa nanti untuk mencerahkan peluang ke pusingan kalah mati.
Apakah ini badi yang menimpa France kerana layak ke World Cup akibat gol tangan Henry dengan Ireland dulu? Mungkin bomoh-bomoh di Ireland yang jampi barangkali? Atau mungkin Ribery terganggu dengan kes skandal dengan pelacur Zahia Dehar?
Malam ini Germany akan turun lawan Serbia jam 7pm! Tapi RTM yang poyo tak mau tayang perlawanan. Tunjuk siaran lansung tapi game yang tak best. Dah tau pegi tunjuk ulangan game semalam waktu ada game live. Macam pagi tadi, France vs Mexico pegi kasi siaran tertunda, tapi tunjuk ulangan Brazil waktu sepatutnya live. WTF?? Nasib baik aku tak support France. Blah la RTM, sorakan piala dunia konon. Balik-balik tunjuk drama yang tak best. Harap iklan World Cup je lebih. Pengulas pun kabut! Next time bagi jelah Media Prima tayang. Tak pun share lah sikit. At least diorang boleh segregate kepada channel TV3, NTV7, 8TV, TV9. Tengok online streaming lah jawabnya. Sampai highlights pun TV lain tak ada! Semua RTM punya hal! Peh, bikin panas pagi-pagi.
2 feedbacks:
RTM, pengendali tayangan Piala Dunia 2010 yang paling membosankan sepanjang zaman. Konon-konon nak monopoli tetapi perkhidmatan tak bagus. Pengulas baharu pun terkial-kial nak beri komentar. Sah, tak buat ulangkaji pasal bola. Tak rasa langsung macam Piala Dunia. Huh!
Muhammad Safwan >
tepat sekali bro..memang tepat!!
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan