Monday, June 28, 2010

Argentina Benam Mexico 3-1, Germany Menanti Dengan Cool



ARGENTINA vs MEXICO
[ 3 - 1 ]
ARG | Tevez (26')(52'), Higuain (33')
MEX | Hernandez (71')

Argentina bakal berdepan Germany yang best apabila menundukkan Mexico 3-1 dalam perlawanan malam tadi. Selepas melihat Germany membelasah England dengan machonya 4-1, Argentina pastinya mahu mencuri sedikit highlight di surat khabar bahagian sukan apabila menunjukkan persembahan mantap terutamanya ayam tambatan KFC mereka, Lionel Messi dan Carlos Tevez. Perlawanan Argentina dan Mexico ini turut dilanda kontroversi apabila gol pertama Tevez dilihat dalam keadaan offside. Tetapi Tevez membuktikan kemachoan dengan gol peribadi keduanya yang gila babeng sekali. Rembatan cantik menewaskan penjaga gol Mexico.

Maradona buat lawak kasar dengan simpanan Mexico
(original photo from soccernet.com)

Juarez layang kad kuning pada linesman sebab
membenarkan gol kepada Tevez
(original photo from soccernet.com)

Maradona neves sampai sakit perut, berak 6 kali
(original photo from soccernet.com)



Sabar menanti perlawanan terhebat World Cup 2010, Germany vs Argentina. 

+ + + + + + +

Terima kasih aku ucapkan kepada kawan-kawan blogger yang telah sudi mengundi gambar aku dalam contest SAGA Snap & Win. Pengundian sudah tamat hari ini, dan hanya menunggu keputusan pada 10hb nanti. Harap-harap ada rezeki. :)

1 feedbacks:

Azrul Hisham said...

dialog memang tak boleh blah...haha

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails