Wednesday, June 9, 2010

Sebelum Cerita Apple iPhone 4, Mari Review Apple MacBook Pro

Cool. Sleek. Stylo. Apple



iPhone 4 : Rancak diperkatakan. Hottest Gadget? Mungkin.


+ + + + + + +

Tapi sebelum itu, aku nak review sedikit (dari sudut kacamata aku), tentang Apple MacBook Pro. Ya memang menjadi impian ramai peminat fotografi untuk memiliki sebuah Apple computer, tidak kira iMac, MacBook, MacBook Pro, ataupun MacBook Air. Kelancaran membuat "editing process" amat ketara kalau dibandingkan dengan Windows PC (except yang very HIGH-END spec).

The Apple MacBook Pro - Stylo as always





DESIGN
Tak dapat dinafikan lagi Apple sentiasa mengeluarkan produk yang stylo dan simple. Untuk MacBook Pro, body laptop dihasilkan daripada satu blok aluminium. Sebab itu binaannya kukuh, sangat rigid dan solid. Beratnya juga lebih ringan (lebih kurang 2.54kg - model 13") daripada kebanyakan laptop lain yang sama saiz. Nampak exclusive (pada aku), dan sangat comel, nipis dan hensem.

DVD slot in type. Tak ada tray yang consume space.


PERFORMANCE
Sangat mantap! Dengan bateri yang mampu bertahan selama 10jam, menjadikannya pilihan ramai terutamanya yang suka mobiliti. Senang ketika berada di luar, nak present kepada client, dan sebagainya. Tapi kalau dengan wifi on, boleh bertahan lebih kurang 6-7jam, bergantung kepada tahap penggunaan. Lebih banyak window, tengok youtube dan sebagainya akan lebih kuat makan bateri.

Keypad dengan backlight. Soft touch!

Keypad sangat smooth, lembut dan ada backlight. Sangat berguna dalam kegelapan, tapi sakit mata lah nanti. Buatlah kerja dalam keadaan yang cerah ye. Touchpad pun unik. Tiada button macam laptop lain.

antara unique gestures pada MacBook 


Untuk MacBook Pro 13" terdapat 2 USB ports, 1 FireWire 800, 1 SD card slot, 1 Mini Display Port, Audio line in/out/headphone jack.

OVERALL
OS yang sangat pantas, start up yang mudah, clear and bright screen disamping sukar mendapat virus (ada yang kata tiada serangan virus seperti Windows PC). Dengan memory 4GB, menjalankan aplikasi seperti Adobe Photoshop, Adobe Lightroom, dan sebagainya sangatlah lancar. Memang sesuai untuk photography enthusiast. Senang nak manage photos, edit dan sebagainya.

Sebagai bonus, jom tengok video pembikinan sebuah MacBook Pro



SOURCE : google.com, youtube.com, apple.com.my

Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

4 feedbacks:

Jard The Great said...

nak beli.. tapiiiiiiiiii.........

Staff said...

MBW dan MBP memang gempak bro. Kena cuba satu. BTW, iPhone 4 sangat stailo.

Staff said...

MBW dan MBP memang gempak bro. Kena cuba satu. BTW, iPhone 4 sangat stailo.

maslinamansor said...

terlalu mahal bagi ku.... :)

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails