Tuesday, June 15, 2010

World Cup 2010 South Africa - Malam ini menanti aksi Portugal dan Brazil!

Salam semua yang baca blog FTN. Setelah seronok menonton Toy Story 3 in 3D semalam bersama Nuffnang di Mid Valley, hari ini aku akan cuba nak tonton perlawanan bola balik. Itu pun kalau aku bangun. Lagipun ada kerja editing yang masih belum siap. Haishh masa..masa..Memang tak pernah cukup.

Ok, berbalik kepada demam World Cup 2010, malam ini seperti biasa 3 lagi perlawanan akan berlansung. Perlawanan pertama antara New Zealand dan Slovakia. Terus terang, aku lansung tidak ambil tahu tentang dua pasukan ini. Satu pemain pun aku tak kenal. Serius! Tapi aku rasa berdasarkan pengalaman, Slovakia bakal mengatasi New Zealand.


FTN predict : Slovakia tewaskan New Zealand [2-1]

+ + + + + + +

Portugal dan Ivory Coast. Dua pasukan hebat akan bertemu jam 10:00malam waktu Shah Alam. Portugal sudah tentu dikenali dengan kelibat pemain Real Madrid, Christiano Ronaldo. Namun kali ini Portugal agak risau kerana Nani ditimpa kecederaan. Deco bakal mengemudi barisan tengah. Aku harap dapat tengok sepakan percuma dari Ronaldo nanti. Bagaimana Jabulani akan pengaruhi sepakannya. 

Ivory Coast juga tidak kurang hebat, namun persoalannya adakah Didier Drogba akan diturunkan malam ini? Drogba juga ditimpa kecenderaan ketika perlawanan persahabatan minggu lalu. Kolo Toure akan memastikan benteng pertahanan mereka menyekat kemaraan Ronaldo. Aku jangka perlawanan ini pasti menarik dan banyak gol dihasilkan.



FTN predict : Portugal tewaskan Ivory Coast [3-1]


+ + + + + + +

Bekas juara 5 kali, Brazil akan turun menentang pasukan yang menduduki ranking paling rendah dalam kesemua 32 pasukan yang bertanding kali ini iaitu North Korea (ranking 85 - terbaru FIFA). Barisan pemain Brazil sudah dikenali ramai dan dijangka tidak menghadapi masalah berdepan pasukan North Korea. Brazil bakal menurunkan pemain-pemain seperti Gilberto Silva, Lucio, Dani Alves, Kaka, Luis Fabriano, Robinho dan ramai lagi. 

Maaf, aku lansung tak kenal siapa pemain North Korea. Aku jangka ini akan menjadi perlawanan yang akan memihak kepada Brazil tanpa kompromi. 




FTN predict : Brazil tewaskan North Korea [3-0]

+ + + + + + +

2 feedbacks:

Unknown said...

bro, ranking north korea 105 bukan 85..

Ranking North Korea

FTN said...

Amie > check FIFA.com

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails