Tuesday, June 22, 2010

SAGA Snap & Win Contest : Saya Perlukan Undian Anda Semua

Okay. Aku faham ramai mungkin boring dengan entri World Cup yang tak habis-habis. Tapi kali ini aku nak fokus pada contest SAGA Snap & Win yang aku join. Kalau ada yang tak sempat baca entri aku sebelum ini, alhamdulillah syukur salah satu gambar yang aku submit telah terpilih sebagai top 25. Jadi bermula semalam, undian dibuka kepada umum (semua orang) untuk mengundi gambar pilihan.

Di kesempatan ini, di blog ini, aku nak mohon jasa baik kawan-kawan/readers untuk mengundi gambar entri aku. Siapa yang tak nak menang kan? Dan memandangkan ia perlukan undi umum, apa lagi cara yang lebih baik melainkan promosi sehabis boleh. Gambar aku mungkin tidak sehebat pro photographers, tapi aku nak mencuba dan nak menang.

+ + + + + + +

Macamana cara nak mengundi? Aku ada dapat pertanyaan, dan ada juga rakan-rakan yang menghadapi kesukaran nak mengundi. Yelah, cara-caranya tak berapa jelas. Website pun guna flash animation. Jadi aku nak terangkan sedikit.


Buka saja website http://www.sagasnapandwin.com, atau klik iklan nuffnang yang sedang paparkan iklan contest tersebut, dan korang akan nampak gambar seperti di atas. Itu laman utamanya. Lepas tu klik pada bahagian contest di bawah tu (rujuk anak panah merah).


1. Bagi yang belum mendaftar, boleh daftar dengan sign up di bawah sebelah kiri page. Sign up amat mudah, cuma perlu alamat email, no kad pengenalan dan no telefon. Maklumat lain adalah tidak perlu. Selepas daftar, korang akan dapat kata laluan, biasanya no10 digit yang digunakan untuk log-in nanti. 
2. Selepas log-in, sila pilih kategori NEW SAGA (seperti anak panah). Browse dan cari gambar entri aku. Seperti yang aku tempelkan di bawah untuk paparan lebih jelas. 
3. Klik gambar tersebut, dan akan ada butang vote. Tekan vote, dan selepas itu korang kena undi juga satu gambar di kategori OLD SAGA. Barulah undi korang itu dikira sah. Jangan undi satu kategori saja tau!
4. Kalau rasa nak bantu lebih lagi, boleh share di laman facebook masing-masing. 



Syarat-syarat mengundi
1. Setiap orang boleh mengundi hanya 1 kali setiap hari sepanjang tempoh undian. 21 Jun ~ 28 Jun
2. Pengundi juga berpeluang memenangi wang tunai RM2500

+ + + + + + +

Terima kasih kepada yang sudi menyokong dan mengundi. Ewah, macam berkempen pula. Kalau tak berusaha macamana nak menang kan? Tolong undi please!! voting ends 28th June

To Nuffnangers, please please nang this post

8 feedbacks:

Mrs. Q! said...

best of lux 4 u!
jum vote for faizal ;)

Matjoe said...

haha. bro, budi dibalas budi...

FTN said...

Kie-yu >
tq so much!

Matjoe >
Thanks bro! appreciate it :)
i'm trying my luck here..hehe

Matjoe said...

done voting. dpt prompt mesej yg kata bleh vote lagi besok.

esok wa try lagi. kot2 bleh vote

FTN said...

MatJoe >
bro, mmg boleh vote daily sampai 28hb. 1 vote per day.
and voters ada chance utk menang juga :D

Farah Y said...

Geng, dah vote for today. InshaAllah kalau ada rezeki, harap-harap menang wokeh!

FTN said...

Farah Y >
tengkyu geng!! undi dari jauh tuu :D

Matjoe said...

FTN - ko buat sticky mode, smpi contest abih, baru laa org akan notis. kalau entry baru masuk, entry ni dh kebawah

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails