Wednesday, June 16, 2010

World Cup 2010 : Portugal Menghampakan! Brazil Menang 2-1

New Zealand berjaya mendapat mata pertama dalam saingan World Cup apabila Winston Reid menjaringkan gol di minit terakhir permainan untuk mengikat Slovakia seri 1-1. Aku follow game ini melalui gamecast je. Slovakia terlebih dulu mendahului di awal separuh masa kedua daripada jaringan Robert Vittek.


1 - 1
 Goal : SLO | Vittek (50')
NEW | Reid (90')

+ + + + + + +

Portugal menghampakan apabila hanya mampu seri tanpa jaringan dengan Ivory Coast. Christiano Ronaldo beberapa kali hampir menjaringkan gol tetapi gagal melakukan penyudah dengan baik. Ronaldo pun buat perangai "diving" dia, dan dilayangkan kad kuning pada minit ke-21. Agak mengecewakan, kerana ramai berharap dapat menyaksikan gol dalam perlawanan ini. Drogba yang dimasukkan pada separuh masa kedua juga gagal menjaringkan gol. 


0 - 0

+ + + + + + + 

Perlawanan sedang berlansung dan Brazil mendahului hasil jaringan Maicon dan Elano. North Korea bermain dengan baik dan memberikan saingan kepada Brazil. Walaupun Brazil menguasai perlawanan, North Korea nampaknya berjaya menyerap serangan-serangan Brazil.


2 - 1
 Goal : BRA | Maicon (55'), Elano (72')
NKR | Yun-Nam (89')

4 feedbacks:

Hazzy Ishak said...

tak ingat dengar kat mana, tapi ada yang target brazil menang at least 4 gol

maslinamansor said...

not bad for korea utara... walaupun kalah tapi asalkan dapat menjaringkan gol... tambah2 lagi apabila berlawan dengan brazil...

rammyd said...

korea utara main best gak semalam heh.

karate kids rock bebeh!! [versi review]

Hellioz said...

korea nuklear terer seyh
gyahahhahaha~

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails