Friday, June 25, 2010

Christiano Ronaldo Lega Kaka Kena Red Card

Malam ini berlansung lagi perlawanan peringkat kumpulan di mana ia akan memastikan kesemua 16 pasukan yang layak ke pusingan ke-2. Perlawanan tumpuan haruslah diantara Brazil vs Portugal. Brazil menang dua perlawanan pertama, manakala Portugal dengan hensem sekali menewaskan North Korea 7-0. Opss, aku masih setia dengan Germany. Lagipun, lawan dengan North Korea yang pakai jersey ntah berjenama apa pun aku tak tahu. Hahaha.

Ok sebelum cerita lebih panjang, ni aku senaraikan perlawanan malam ini :

North Korea vs Cote d'Ivore | Aku predict Cote d'Ivore menang 2-1
Brazil vs Portugal | Aku predict seri 2-2
Chile vs Spain | Aku predict seri juga 2-2, mungkin advantage pada Spain
Switzerland vs Honduras | Aku predict Switzerland menang 2-0

Perlawanan tumpuan sudah pasti Brazil vs Portugal. Tapi malam ini tak pasti bagaimana kedua pasukan nak turunkan kesebelasan utama mereka. Nak save the heroes untuk next round? Kaka sudah pasti tidak beraksi kerana red card. Itu yang sedikit menggembirakan Christiano Ronaldo. Bukan main dia gelak. Dah boleh jadi backup singer untuk Shakira dah.

Aku teringin nak tengok Portugal menang. Sebab syok tengok Portugal main lawan North Korea. Tapi itulah dia, bila lawan Brazil mesti lain jadinya. Harap-harap lebih best daripada Japan vs Denmark semalam. Malangnya aku seperti biasa tak dapat nak nonton. Sebab malam ini bukan Subkidin jadi referee kut. Haruslah RTM tak nak tayang kan? Takpe, eloklah juga. Boleh aku siapkan album-album wedding yang tak siap-siap lagi tu.

Seronok betul Ronaldo, gelak besau yer! Nampak segala gigi
(original pic from fifa.com)



Malang buat korang, tak dapatlah tonton aksi
seksi Kaka ini malam nanti
(original pic from fifa.com)

+ + + + + + +


Jangan lupa undi ye! register sekejap je

3 feedbacks:

tuan director said...

kita tgk malam ni sapa pukul sapa
ahhahaha waka waka

Unknown said...

semoga portugal kalah! :P

Hellioz said...

wakakakakaka~

itu style!
gyahahahahaahahah~

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails