Monday, June 21, 2010

World Cup 2010 : Paraguay Menang, New Zealand Bermula Cemerlang

Paraguay mencerahkan peluang ke pusingan kalah mati dengan menewaskan Slovakia 2-0. Gol pertama Paraguay oleh Vera memang cantik. Kuisan bola dengan outside foot mengelirukan penjaga gol Slovakia. Walaupun menguasai perlawanan, Paraguay terpaksa menunggu sehingga babak terakhir untuk menambah jaringan. Gol kedua hasil rembatan deras Riveros dari dalam kotak penalti.

Slovakia perlu menewaskan Italy jika mahu mencari peluang ke pusingan seterusnya dan mengharapkan keputusan Paraguay dan New Zealand.



2 - 0
Goal : PAR | Vera (27'), Riveros (86')


+ + + + + + +

Italy memilih jalan sukar untuk mara dalam World Cup kali ini apabila hanya mampu seri dengan New Zealand 1-1. Semua meramalkan Italy menang mudah tetapi sebaliknya berlaku. Apa sudah jadi dengan juara bertahan??

1 - 1
Goal : NZL | Smeltz (7')
ITA | Iaquinta (pen 29')


+ + + + + + +

Brazil menang bergaya ke atas Ivory Coast 3-1. Luis Fabriano menjadi wira Brazil apabila menyumbangkan 2 gol yang sangat cantik pada minit ke-25, dan 50. Malang buat Kaka apabila dia dilayangkan kad merah pada minit terakhir perlawanan. 


3 - 1
Goal : BRA | Luis Fabriano (25')(50'), Elano (62')
CIV | Drogba (79')



0 feedbacks:

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails