Friday, June 18, 2010

World Cup 2010 : Argentina Runs Riot, Higuan hits first WC Hatrick

Argentina mengamuk dan membelasah South Korea 4-1, dalam perlawanan malam tadi. Gol pembukaan datang dari gol sendiri pemain South Korea Park Chu-Yong, dan Higuan menambah gol kedua 17 minit kemudian. South Korea pula berjaya merapatkan jurang dengan gol di masa kecederaan separuh masa pertama menerusi Lee Chung-Yong. Argentina menambah gol lagi pada separuh masa kedua menerusi Higuan sekaligus melengkapkan hatrik pertama dalam World Cup 2010.

Nampaknya Argentina sudah pasti melangkah ke pusingan kalah mati selepas mengutip  6 mata dari 2 perlawanan.


4 - 1
 Goal : ARG | Park Chu-Yong (16' O.G), 
Higuan (33'),(76'),(80')
KOR | Lee Chung-Yong (45')


+ + + + + + +

Greece dan Nigeria sedang seri 1-1. Nigeria terpaksa bermain dengan 10 pemain apabila Sani Kaita dibuang padang pada minit ke-33. Greece menewaskan Nigeria apabila Torosidis berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-71. Greece mencerahkan peluang mara ke pusingan seterusnya.


2 - 1
 Goal : NGA | Uche (16')
GRE | Salpingidis (44'), Torosidis (71')


+ + + + + + +

France kantoi lagi kali ini apabila tewas 2-0 kepada Mexico. Nampaknya reputasi France terjejas dan seolah-olah badi melanda akibat "hand-ball" Henry ketika pusingan kelayakan dulu. Hernandes berjaya menjaringkan gol apabila melepasi perangkap offside dan hanya berdepan satu lawan satu dengan penjaga gol. Gol kedua Mexico daripada sepakan penalti yang diambil oleh pemain veteran, Blanco pada minit ke-79.


2 - 0
 Goal : MEX | Hernandes (64'), Blanco (79')


3 feedbacks:

Anonymous said...

perlawnan kedua dah semakin menarik..banyak gol..smlm pun uruguay menang 3-0

Latest Entri : Meraikan Gol

maslinamansor said...

france boleh kalah dengan mexico...
kuat juga yer pasukan mexico nie

FTN said...

maslinamansor>
france tak berapa kuat this time. diorang guna 1 striker Anelka. Tak macam dulu..

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails