Showing posts with label Germany. Show all posts
Showing posts with label Germany. Show all posts

Sunday, June 10, 2012

EURO2012 Group B : Germany vs Portugal

Photobucket

Salam siaran. Tengah malam pulak tu.

Hoi hoya hoi. Musim bola sudah mula. Malam kang..pagi buta, team terpower di bima sakti iaitu Germany akan turun padang main bola dengan team Portugal. Ultras Germany, sudahkah anda bersediaaaaaa?

Photobucket

Siapakah yang bakal menyinar nanti? Mari kita lihat barisan kemungkinan yang akan beraksi beberapa jam lagi.

Germany (yang power) : Manuel Neuer, Jerome Boateng, Per Mertesacker, Holger Badstuber, Philipp Lahm, Sami Khedira, Bastian Schweinsteiger, Thomas Muller, Mesut Ozil, Lukas Podolski, Miroslav Klose

Portugal : Rui Patricio, Joao Pereira, Pepe, Bruno Alves, Migel Veloso, Joao Moutinho, Raul Meireles, Nani, Helder Postiga, Christiano Ronaldo

Seperti biasa, kalau tanya aku prediction aku akan selamba cakap Germany belasah Portugal. Tak payah susah-susah tanya pada ayam, kambing, gajah, zirafah, sotong dan binatang-binatang lain. Germany akan menang 2-0!

+ + + + + + + +

Seperti Ultras-ultras lain di muka bumi ini, mohon enjoy dengan lagu terpower untuk team paling power di galaksi.

Thursday, June 7, 2012

A Friendly Reminder to all Non-Football fans

Ole Ole Ole!!

UEFA UERO 2012 is just around the corner. 2 days left till the first kick-off match between co-host nation Poland and Greece. As usual, every 4 years each and every soccer fans worldwide will transform themselves into soccer-freaks, staying up late and cheering for their favourite teams. For some, this is the most anticipated event of their lifetime. So to all other Non-Soccer Fans, please understand and cooperate with us (the Fans). Go go Deutschland!!

Team Juara


This kind reminder is to all non-soccer fans, especially the ladies.

Wednesday, June 6, 2012

FTN Ingin Memohon Maaf Secara Terbuka (Part 2)

Kepada,

Semua pembaca, followers FTN dan rakan-rakan blogger.

Pertamanya marilah kita bersyukur kepada Allah di atas segala nikmatnya. Saya menuliskan surat terbuka ini adalah dengan tujuan untuk memohon maaf kepada semua pembaca dan followers blog it's From The News (FTN) ini kerana beberapa sebab yang akan saya kemukakan di bawah.

Seperti yang kita semua maklum, tidak lama lagi, satu fenomena akan melanda seluruh warga dunia. Fenomena itu bukanlah "Rahsia Tarikh Lahir Anda", ataupun filem terlebih promo "2 Alam" dR. Rozmey dan rambut cecah dahinya. Ini juga bukan fenomena Masterchef Selebriti yang terlebih drama pondan. Fenomena yang dimaksudkan ialah..... temasya EURO 2012 yang bakal bermula Jumaat ini.

Sejajar dengan fenomena sukan terhebat itu, saya ingin memohon maaf sekiranya pihak pembaca merasa bosan dengan kehadiran entri-entri yang menjurus kepada bola sepak, keputusan perlawanan, gambar-gambar dan segala perkara yang relevan dengan bola sepak dunia.

Untuk tidak menghampakan semua, saya akan cuba menyelitkan kisah-kisah gossip isteri-isteri/girlfriend/bekas isteri pemain bola sepak sebagai bahan penarik kaum-kaum lelaki yang tidak tahu tentang perkembangan bola sepak tetapi hanya mahu melihat gambar wanita hot dan menarik.

Abigail Clancy
ini contoh je. Peter Crouch punya tau.

Bagi rakan-rakan pembaca wanita, anda juga tidak ketinggalan untuk menikmati wajah-wajah pemain bola sepak yang handsome sedikit dari admin blog (sila kawal emosi anda), dan jika bernasib baik pada waktu bonus gambar-gambar separuh bogel pemain hebat seperti Christiano Ronaldo, Fernando Torres, Podolski dan lain-lain akan dipaparkan. Kepala botak Robben juga pasti ada. Jangan lupa untuk tekan "save target as" dan jadikanlah wallpaper PC anda.

Christiano Ronaldo
ini contoh saja. contoh tau.

Akhir kalam, sekali lagi saya ingin memohon maaf sekiranya kandungan blog FTN selama sebulan akan datang membosankan, dan tidak memenuhi citarasa pembaca sekalian alam. Jangan lupa menyokong pasukan kegemaran anda walaupun anda tidak tahu nama mereka. Bagi yang menyokong Germany, tahniah kerana anda hebat! Jangan lupa dapatkan jadual perlawanan EURO 2012 dalam format excel (google la..takkan semua aku nak suapkan!) untuk kemudahan anda. Pastikan anda lebih up-to-date dari bos anda!

i'm sorry tauu


Yang benar,
MF
it's From The News


PADAN MUKA, aku selamba recycle entry World Cup aku..haha haha dan haha lagi.





Sunday, July 11, 2010

Germany vs Uruguay, Germany FTW!! of course!

GERMANY vs URUGUAY
3 - 2
GER | Mueller (18'), Jansen (56'), Khedira (81')
URU | Cavani (28'), Forlan (51')




Thursday, July 8, 2010

Kalah.



Berkabung selama 30 minit. Bermula sekarang. 
Sambil itu, ayuh pakat ramai-ramai join I Hate Sotong Paul page at Facebook.


+ + + + + + +



UPDATE:
Pagi ini ramai sakit perut. Penuh toilet kat ofis. Bila disoal siasat, puncanya ramai sakit perut sebab makan Nasi Lemak Sambal Sotong. 

Semi-Finals Result Germany vs Spain

Germany vs Spain
0 - 1
SPA | Puyol (73')


Live 2.30am :
Perlawanan bermula antara Germany vs Spain. Ramai yang menjangkakan perlawanan menarik dengan jaringan gol yang banyak. Terdapat gangguan kejap kat atas padang. Kedua-dua bermula dengan berhati-hati. Tiada lagi serangan ke arah gol. Torres tidak bermula untuk pasukan Spain.

Gangguan sebelum perlawanan bermula..penceroboh italy
(photo source soccernet.com)

Live 2.53am :
Spain menguasai perlawanan dengan hampir 65%. Germany lebih banyak bertahan. Villa memperoleh peluang awal, tapi diselamatkan oleh Neuer.

Podolski vs Villa
(photo source soccernet.com)

Live 3.15am :
Germany mendapat peluang menerusi Ozil tetapi dijatuhkan oleh Sergio Ramos. Namun tiada penalti diberikan. SPain juga sempat menyerang sebelum wisel. Half time. Masih seri tanpa jaringan. Penguasaan bola nampak menyebelahi Spain.

Live 3.58am :
Spain membuka jaringan menerusi tandukan Puyol daripada corner kick. Adoyai! Come on Germany. Do something..

Live 4.18am :
Full time. Spain menewaskan Germany dengan 1-0, hasil tandukan Puyol.

Wednesday, July 7, 2010

World Cup Semi-Finals : Germany vs Spain, Germany FTW!!

FTN predict : Of course Germany FTW!

Awal pagi ini dua lagi pasukan hebat akan berentap untuk menentukan siapa akan melangkah ke Final World Cup 2010 di South Africa dimana Netherlands menanti. Germany yang sedang meningkat naik selepas persembahan mantap dengan England dan Argentina akan menghadapi antara pasukan terhebat dalam temasya kali ini (sebab Brazil dan Argentina dah kaput, so terpaksa la cakap macam ini). 


Germany turun dengan 2 condition malam ini. Tanpa penyerang muda Mueller, dan dengan berita Paul the Octopus yang memilih Spain sebagai pemenang. Tapi yang kedua tu macam tak relevan bagi aku. Semua permainan minda. Mungkin sotong itu dikawal untuk bergerak ke kotak Spain. Reverse Psychology daripada penyokong Germany? Haha. Gila skeptikal.


David Villa dan Klose pasti berebut nak menambah jaringan untuk merangkul Golden Boot bagi World Cup 2010. Setakat ini David Villa dan Sneijder mendahului dengan 5 gol, manakala diikuti Klose dan Mueller dengan 4 gol. Klose juga sedang getting close untuk menyamai rekod gol terbanyak sepanjang World Cup yang dipegang oleh Ronaldo (botak yang ada jambul sikit) dengan 15 gol.

Pose khas buat peminat (aweks-aweks).
Strategi meraih penyokong. Haha

+ + + + + + +

May the best team wins. Harap-harap Germany akan memberi satu sebab untuk aku berjaga masa Final nanti. hehehe. Wir werden wieder weltmeister sein!! 

Barisan kemungkinan Germany  : Manuel Neuer, Per Mertesacker, Jerome Boateng, Philipp Lahm, Marcell Jansen, Bastian Schweinsteiger, Sami Khedira, Mesut Ozil, Trochowski, Lucas Podolski, Klose

Barisan kemungkinan Spain : Iker Casillas, Carles Puyol, Gerard Pique, Joan Capdevila, Sergio Ramos, Busquets, Xabi Alonso, Xavi, David Villa, Fabregas, Iniesta

Tuesday, July 6, 2010

Menjelang Germany vs Spain : Ada Juga Yang Desperate!

FTN predict : 2-1 to Germany!

Yeahh..mari kita hangatkan perang World Cup 2010! Semua sudah tahu 4 pasukan yang layak ke Semi-Finals iaitu Germany, Spain, Uruguay, dan Netherlands. Tapi tumpuan sudah pasti kepada game terhebat tahun ini Germany vs Spain. Lebih hebat dari perlawanan England dibelasah 4-1, lebih mantap dari kemusnahan Brazil dititik 4-0 baru-baru ini. Apakah ini semua disebabkan oleh seruan Vuvuzela di Afrika Selatan??

Ok sebagai peminat Germany, seperti biasa menyokong team kegemaran berdasarkan jumlah jersey yang ada dalam robok di rumah. Haha. Sejak dulu lagi aku mengumpul jersey Germany, tak kira ori atau tidak (ni jujur tau). Baju terbaru je belum sempat beli, sebab tak mampu, dan tak jumpa yang Gred AA punya replica..kekeke.

Menjelang perlawanan awal pagi 8hb nanti, sudah ada tindakan desperate penyokong Spain yang mengimpose gambar Paul the Octopus yang menjadi famous dengan ramalan pasukan Germanynya. Semalam kecoh di Facebook aku, dengan berita Paul meramalkan Spain menewaskan Germany. Tetapi setelah diselidik aku dapati rupanya gambar tersebut adalah Palsu! ya Palsu! Fake! Cetak Rompak! Tak percaya? tengoklah bukti dibawah ini.

Gambar yang diphotoshop oleh penyokong Spain
(photo source here)

Sebenarnya, tak elok percaya benda-benda macam ini. Khurafat weh. Apalah sangat sotong tu ada kuasa meramal ke? Biarlah orang lain nak percaya, tapi kita cuma boleh anggap ia satu kebetulan. Baca lagi kisah-kisah ramalan Paul di sini.

Jangan riak dan jangan takbur. Bila dah sampai ke Semi-Finals sudah tentu kedua-dua pasukan hebat, kecuali lah Uruguay yang main tipu pakai tangan tuh. Perlawanan pasti sengit, dan aku harapkan lebih menarik daripada Germany vs England, dan Germany vs Argentina. Dan as a typical Germany fan, aku predict Germany tewaskan Spain 2-1. Fairplay beb..fairplay..kekeke

Sunday, July 4, 2010

To All Germany Fans! Listen To This Cool Song


Wir werden wieder weltmeister sein!!!
We are going to be the world cup champion again!!!

Double Trouble
(original photo from soccernet.com)


Legend in the making. 14th World Cup total tally
(original photo from soccernet.com)

Wave your flag!
(original photo from soccernet.com)


+ + + + + + +

Seronok betul bila pasukan sokongan kita menang. Apatah lagi menang dengan team reputasi besar macam England dan Argentina. Dengan nama-nama besar dan menjadi pilihan juara, sudah tentu semua meramalkan Argentina ke final, tetapi lain pula jadinya semalam. Barisan muda Germany bermain dengan baik dan sebaliknya membelasah Argentina dan Maradona 4 gol berbalas 0. Lahm sememangnya salah seorang pemain pertahanan terbaik dunia setakat ini. Dia berjaya membuat kritikal tackle dengan timing yang baik untuk menampan rembatan-rembatan dari Messi, Tevez, dan Higuain.

Next, Germany menanti Spain di semi-finals. Yeah, another entertaining match awaits!

Germany Belasah Argentina Dengan Selamba Gila



Germany vs Argentina
4-0
GER | Mueller (3'), Klose (68',89'), Friedrich (89')

Macho gila ah Germany! Aku predict 2 jek, korang pegi bantai 4. Mau menangis pakcik Maradona tu. Kempunan dia nak berlari bogel kat Stadium. Nice play by the Germans. Menyerap tekanan serangan Argentina, lepas tu dengan cool score goal bertubi-tubi. Klose legend, gol ke-14 keseluruhan sepanjang karier World Cup beliau. Nampaknya jampi korek Joachim Lowe terkena Maradona dengan tepat sekali. Hahaha


Wave Your Flag!!!


Oh, don't cry for him, be happy!



Pemain Argentina serba salah dengan niat Maradona
(original photo from soccernet.com)


Saturday, July 3, 2010

Germany vs Argentina : Half Time Scene



Germany vs Argentina
[1-0]
GER | Mueller (3')



Germany mendahului Argentina 1-0 hasil tandukan Mueller pada minit ke-3. Nampaknya Germany berjaya menyerap tekanan serangan dari Argentina yang diterajui Messi, Tevez dan Higuain. Klose pula hampir menambah jaringan tetapi sedikit tersasar di atas palang gol.

Perlawanan masih ada 45 minit, dan apa saja boleh berlaku. Germany perlu terus menyerang dan menambah gol. Tak best la main defend je kan? Sambil tu layan gambar-gambar dipinjam dari laman soccernet.com

Gol pendahuluan dari Mueller minit ke-3
(original photo from soccernet.com)



Maradona sudah runsing seawal minit ke-3
(original photo from soccernet.com)


Aku setuju..ramai setuju..tiup vuvuzela!!
(original photo from soccernet.com)


Germany vs Argentina, Germany FTW!!!

Germany vs Argentina
FTN predict : [2-1]

Sudah tentu kita predict yang terbaik untuk pasukan yang kita sokong ye tak? Hehe. Selepas Brazil tersungkur semalam, Argentina tentu risau sebab semua menjangkakan Brazil akan bertemu Argentina di Finals. Tapi tidak lagi. Dan tekanan pasti pada Argentina sebab ramai memilih Argentina untuk World Cup kali ini. Tetapi selepas persembahan mantap di World Cup 2010, aku rasa Germany ada potensi untuk menewaskan Argentina. Yelah, Argentina tu bukan kebal sangat pun. Robinho pun boleh meroyan sebab Robben, jadi malam ini aku nak tengok Maradona menyirap dengan ilmu hitam Joachim Lowe. Haha. 

Ketiadaan Ballack nyata menyerlahkan barisan pemain muda Germany. Ozil terutamanya mendapat tumpuan selepas persembahan bertenaga menentang England bersama Muller dan Podolski. Ketiga-tiga mereka baru berusia awal 20-an. Klose pasti nak menambah koleksi gol di temasya World Cup dan nak pecah rekod Ronaldo. Hari ini nasib baik RTM tayang match disamping pengulas feveret Hasbullah Awang. Semalam aku gembira sebab Stadium Astro memberi tayangan percuma secara streaming yang laju teramat tanpa lagging untuk aku berpeluang menyaksikan Brazil tersungkur di tangan Netherlands. Kenapalah aku lambat tahu tentang online streaming tu. Haha

Apa pun, to Germany..all the best. Jangan main kasar sampai red card sudah. I want to see goals tonight! Not penalty kickoff ok?


Tuesday, June 29, 2010

Maradona BEWARE! Ilmu Hitam Joachim Lowe Pasti Menghantui Kamu

Kenapa Germany bermain dengan hebat? Kenapa Linesman tak nampak bola Lampard? Kenapa England lauk gila? Kenapa kenapa kenapa? Akhirnya rahsia pasukan Germany terbongkar. Inilah resepi kejayaan Joachim Lowe disamping kehebatan semulajadi pemain-pemainnya.



Aku yakin kali ini dia simpan baik punya. Tunggu masa match Germany vs Argentina pasti segedabak dapat kumpul. Cukup untuk distribute kepada seluruh pemain dan staff team Germany. Semuanya kebal, stamina kental, urat dawai, tulang besi, pantas berlari, kemenangan yang pasti..waka waka hey hey.

+ + + + + + +

Tolonglah, aku tak boleh ping kat GB. Seminggu ni blog sunyi je, takde orang nak mai jenguk. Ada sesiapa boleh bantu? Takkan semua pembaca blog aku peminat England kut? Waka waka waka hey hey

Update : sudah boleh ping kat GB :)  

Monday, June 28, 2010

Argentina Benam Mexico 3-1, Germany Menanti Dengan Cool



ARGENTINA vs MEXICO
[ 3 - 1 ]
ARG | Tevez (26')(52'), Higuain (33')
MEX | Hernandez (71')

Argentina bakal berdepan Germany yang best apabila menundukkan Mexico 3-1 dalam perlawanan malam tadi. Selepas melihat Germany membelasah England dengan machonya 4-1, Argentina pastinya mahu mencuri sedikit highlight di surat khabar bahagian sukan apabila menunjukkan persembahan mantap terutamanya ayam tambatan KFC mereka, Lionel Messi dan Carlos Tevez. Perlawanan Argentina dan Mexico ini turut dilanda kontroversi apabila gol pertama Tevez dilihat dalam keadaan offside. Tetapi Tevez membuktikan kemachoan dengan gol peribadi keduanya yang gila babeng sekali. Rembatan cantik menewaskan penjaga gol Mexico.

Maradona buat lawak kasar dengan simpanan Mexico
(original photo from soccernet.com)

Juarez layang kad kuning pada linesman sebab
membenarkan gol kepada Tevez
(original photo from soccernet.com)

Maradona neves sampai sakit perut, berak 6 kali
(original photo from soccernet.com)



Sabar menanti perlawanan terhebat World Cup 2010, Germany vs Argentina. 

+ + + + + + +

Terima kasih aku ucapkan kepada kawan-kawan blogger yang telah sudi mengundi gambar aku dalam contest SAGA Snap & Win. Pengundian sudah tamat hari ini, dan hanya menunggu keputusan pada 10hb nanti. Harap-harap ada rezeki. :)

Good Job Linesman, Germany Belasah England 4-1

GERMANY vs ENGLAND
[ 4 - 1 ]
GER | Klose (20'), Podolski (32'), Muller (67')(70')
ENG | Upson (37')

+ + + + + + +

Mantap!, memang mantap! Linesman pun mantap! Haha. Apa pun bantahan, the result is what matters. Germany belasah England 4-1 dalam perlawanan malam tadi. Walaupun ada sedikit kontroversi dengan penjaga garisan, namun jelas permainan Germany lebih mantap dan tersusun dari England. Serangan pantas dari Ozil, Podolski, Muller memang tidak dikawal rapi oleh pertahanan England. Nampaknya ketiadaan Rio Ferdinand benar-benar dirasai England. 

Muller dan Ozil memang terbaik malam tadi. Tahniah Germany! Next will surely be Argentina. Tough match but should be more interesting than playing with England...kehkehkeh!!


cayalah Deutschland!!


Germans celebrate with their fans
(original pic from soccernet.com)




Muller menjadi tak keruan selepas jaringan gol kedua
(original pic from soccernet.com)


+ + + + + + +

Jangan lupa undi ye! register dulu tau, esok last day!!

Sunday, June 27, 2010

Germany vs England, Germany FTW!!



Germany vs England
FTN predict : [2-1]

Yaa, malam ini perlawanan Germany. Team favourite aku. Dan pasukan musuh ialah England, pasukan yang memiliki keeper terhandal perlawanan (Robert Green), serta player paling sporting dengan peminat (Wayne Rooney). 

Klose akan kembali, Ozil sedang form, Lahm mantap di barisan pertahanan. Aku rasa kalau ikut performance, Germany lebih mantap dari England. Sebab England sembang kencang, tapi lansung tak menyerlah. Wayne Rooney bukan main bolot headline sebelum World Cup, kononnya sedang top form di Manchester United. Tapi 3 perlawan kumpulan, Rooney tak score satu pun, malah bikin panas dengan penyokong sendiri.

Apa pun, semoga pasukan yang layak menang dan mara. Jangan lah referee buat taik. Apakah Subkidin akan jadi 4th referee? Rasanya tidak, sebab kalau dia jadi, sudah pasti RTM akan tayang LIVE! Tapi PENYIAR RASMI memilih untuk tunda siaran. Peh, baik tak payah...



Germany FTW!!!


+ + + + + + +



ESOK LAST DAY! PLEASE LAH VOTE 

Thursday, June 24, 2010

Germany jumpa England, Ghana Terjah USA

Selesai lagi dua kumpulan malam tadi. Di mana England berhempas pulas nak tewaskan Slovenia 1-0 untuk mara ke pusingan kalah mati. USA juga (yang aku tak suka) mara selepas menjaringkan gol kemenangan di minit-minit terakhir ketika melawan Algeria. Aku tidur tengok game tu, yang kelakarnya bangun saja USA terus score. Ciss, aku patut sambung tidur je.

Di dalam kumpulan favourite aku, kumpulan D..Germany mara!! yeahh. Germany menewaskan Ghana 1-0 hasil jaringan cantik molek kau memang debom dari Mesut Ozil. Dengan keputusan itu, Germany akan bertemu England. Ghana juga mara selepas Serbia tewas mengejut kepada Australia 2-1. Tak sabar nak tengok perlawanan England vs Germany. Harap-harap Subkidin jadi referree. Sebab RTM sebenarnya penyiar rasmi pengadil, bukan penyiar rasmi World Cup. Semalam RTM tunjuk USA vs Algeria sebab Subkidin jadi pengadil ke-4, walaupun kat Malaysia ini peminat USA dan Algeria tak seramai Germany dan Ghana.

Apa pun, tahniah kepada semua pasukan yang mara.

+ + + + + + +

Capello pun kadang-kadang boleh jadi Mak Temah
photo source : soccernet.com


Kesian Germany, kalau Subkidin jadi referree, mesti dapat tengok LIVE


+ + + + + + +

Jangan lupa undi ye! Undi jangan tak undi! Tolong kawan-kawan sikit

Wednesday, June 23, 2010

Germany Kena Menang, Walaupun RTM Tak Nak Tayang Game

USA menentang Algeria. Kumpulan C yang masih terbuka peluang kepada semua pasukan untuk mara ke pusingan kalah mati. Kedua-dua pasukan boleh mara bergantung kepada keputusan perlawanan antara England dan Slovenia. Tapi aku yakin Algeria bersemangat apabila mencatat keputusan seri dengan England. 


FTN predict : Algeria seri dengan USA [2-2]

+ + + + + + +

England mesti menang untuk mara. Namun lawan mereka ialah Slovenia, yang sedang mendahului kumpulan dengan 4 mata. England gagal menunjukkan persembahan baik apabila hanya mampu seri kedua-dua perlawanan dan jaringan 1 gol sahaja. Rooney pula bertindak kurang matang apabila mengecam peminat sendiri. Aku rasa persembahan England kali ini sekadar indah khabar dari rupa. Eh betul ke? Kemana hilangnya kehebatan Rooney, Gerrard dan lain-lain?



FTN predict : England menang tipis [1-0]

+ + + + + + +

Australia juga perlu menang untuk pastikan kemaraan. Dengan syarat Germany tewas kepada Ghana (oh itu tidak mungkin terjadi). Jadi kepada Australia, aku rasa tak perlulah bersusah payah. Main biasa-biasa saja. Lagipun Tim Cahill dah kena red card.



FTN predict : Serbia menang [2-1]

+ + + + + +

Ok. Ini tak perlu ulas susah-susah. Germany harus menang dengan Ghana. Namun pasti ada tentangan sengit, sebab Ghana pasukan yang ada kekuatan fizikal yang mantap, dan satu-satunya pasukan benua afrika yang masih ada peluang mara. Agaknya semua vuvuzela dari penyokong South Africa, Cameroon dan Nigeria akan dikongsi bersama dengan penyokong Ghana hari ini. Dan seperti biasa RTM tak nak tayang live telecast. Sebaliknya memilih perlawanan USA vs Algeria yang aku tak tau siapa peminat mereka di Malaysia ini. Mungkin murah sikit nak tayang game tu. Dan harap-harap pengulas RTM dapat membezakan antara pemain Algeria, France dan Italy. Sebab Cannavaro itu pemain Italy, bukan France!



FTN predict : Germany menang [2-1]
HARUS!

+ + + + + + +

Sambil-sambil layan WC2010, minta jasa baik korang undi gambar aku please
Jangan lupa undi ye! rujuk entri ini untuk cara-cara mengundi

Saturday, June 19, 2010

World Cup 2010 : OMG Germany Kecundang

Nampaknya Germany kecundang di tangan Serbia dengan jaringan 0-1. Germany bermain dengan 10 orang apabila Klose dilayangkan kad merah pada minit ke-36. Aku tak pasti kenapa, sebab RTM tak tayang game tu. Aku pun tak tahu macamana Jovanovic score sebab RTM tak tayang game tu. Aku tak tengok Podolski miss penalty sebab RTM tak tayang game tu.

Malang bagi team favourite aku. Tetapi masih ada satu peluang bertemu Ghana nanti. Kepada geng Germany, usah putus harapan. Aku cuma putus harapan dengan RTM je. Bola tak nak tunjuk, GERAK KHAS ntah apa-apa tu tunjuk. Entah berapa ribu episod lagi nak sambung. Grrrr..


0 - 1
 Goal : SRB | Jovanovic (38')

+ + + + + + +



2 - 2
Goal : SVN | Birsa (13'), Ljubijankic (42')
USA | Donovan (48'), Bradley (82')

Related Posts with Thumbnails