Showing posts with label England. Show all posts
Showing posts with label England. Show all posts

Monday, June 28, 2010

Good Job Linesman, Germany Belasah England 4-1

GERMANY vs ENGLAND
[ 4 - 1 ]
GER | Klose (20'), Podolski (32'), Muller (67')(70')
ENG | Upson (37')

+ + + + + + +

Mantap!, memang mantap! Linesman pun mantap! Haha. Apa pun bantahan, the result is what matters. Germany belasah England 4-1 dalam perlawanan malam tadi. Walaupun ada sedikit kontroversi dengan penjaga garisan, namun jelas permainan Germany lebih mantap dan tersusun dari England. Serangan pantas dari Ozil, Podolski, Muller memang tidak dikawal rapi oleh pertahanan England. Nampaknya ketiadaan Rio Ferdinand benar-benar dirasai England. 

Muller dan Ozil memang terbaik malam tadi. Tahniah Germany! Next will surely be Argentina. Tough match but should be more interesting than playing with England...kehkehkeh!!


cayalah Deutschland!!


Germans celebrate with their fans
(original pic from soccernet.com)




Muller menjadi tak keruan selepas jaringan gol kedua
(original pic from soccernet.com)


+ + + + + + +

Jangan lupa undi ye! register dulu tau, esok last day!!

Sunday, June 27, 2010

Germany vs England, Germany FTW!!



Germany vs England
FTN predict : [2-1]

Yaa, malam ini perlawanan Germany. Team favourite aku. Dan pasukan musuh ialah England, pasukan yang memiliki keeper terhandal perlawanan (Robert Green), serta player paling sporting dengan peminat (Wayne Rooney). 

Klose akan kembali, Ozil sedang form, Lahm mantap di barisan pertahanan. Aku rasa kalau ikut performance, Germany lebih mantap dari England. Sebab England sembang kencang, tapi lansung tak menyerlah. Wayne Rooney bukan main bolot headline sebelum World Cup, kononnya sedang top form di Manchester United. Tapi 3 perlawan kumpulan, Rooney tak score satu pun, malah bikin panas dengan penyokong sendiri.

Apa pun, semoga pasukan yang layak menang dan mara. Jangan lah referee buat taik. Apakah Subkidin akan jadi 4th referee? Rasanya tidak, sebab kalau dia jadi, sudah pasti RTM akan tayang LIVE! Tapi PENYIAR RASMI memilih untuk tunda siaran. Peh, baik tak payah...



Germany FTW!!!


+ + + + + + +



ESOK LAST DAY! PLEASE LAH VOTE 

Thursday, June 24, 2010

Germany jumpa England, Ghana Terjah USA

Selesai lagi dua kumpulan malam tadi. Di mana England berhempas pulas nak tewaskan Slovenia 1-0 untuk mara ke pusingan kalah mati. USA juga (yang aku tak suka) mara selepas menjaringkan gol kemenangan di minit-minit terakhir ketika melawan Algeria. Aku tidur tengok game tu, yang kelakarnya bangun saja USA terus score. Ciss, aku patut sambung tidur je.

Di dalam kumpulan favourite aku, kumpulan D..Germany mara!! yeahh. Germany menewaskan Ghana 1-0 hasil jaringan cantik molek kau memang debom dari Mesut Ozil. Dengan keputusan itu, Germany akan bertemu England. Ghana juga mara selepas Serbia tewas mengejut kepada Australia 2-1. Tak sabar nak tengok perlawanan England vs Germany. Harap-harap Subkidin jadi referree. Sebab RTM sebenarnya penyiar rasmi pengadil, bukan penyiar rasmi World Cup. Semalam RTM tunjuk USA vs Algeria sebab Subkidin jadi pengadil ke-4, walaupun kat Malaysia ini peminat USA dan Algeria tak seramai Germany dan Ghana.

Apa pun, tahniah kepada semua pasukan yang mara.

+ + + + + + +

Capello pun kadang-kadang boleh jadi Mak Temah
photo source : soccernet.com


Kesian Germany, kalau Subkidin jadi referree, mesti dapat tengok LIVE


+ + + + + + +

Jangan lupa undi ye! Undi jangan tak undi! Tolong kawan-kawan sikit

Friday, June 18, 2010

World Cup 2010 : Germany vs Serbia Yeahh!

Yeah! Team Favourite aku akan turun berentap malam ini. Germany akan menentang Serbia jam 7.00pm waktu Shah Alam (GMT+8). Walaupun RTM yang penipu tidak tayang perlawanan ini, aku akan tetap mengikuti perkembangan terkini di Gamecast Soccernet, Live Streaming di website, serta laporan kawan-kawan di Twitter. Apa pun, harapan tetap untuk melihat kemenangan Germany dan meneruskan persembahan menarik mereka ketika menentang Australia.

Aku berharap Podolski akan menjaringkan gol, merapatkan jurang dengan penjaring terbanyak setakat ini iaitu Higuan dari Argentina.


FTN predict : Germany tewaskang Serbia [2-0]

+ + + + + + +

USA mungkin tidak menghadapi masalah mengatasi Slovenia. Slovenia bagaimanapun telah mengutip 3 mata berharga apabila menewaskan Algeria dengan gol mudah tempoh hari. Kalau USA tak menang game ini, mesti ada something wrong. Haha



FTN predict : USA tewaskan Slovenia [2-1]

+ + + + + + +


pic courtesy of google.com

Ok. England lawan Algeria. Antara pasukan paling popular di World Cup. Lebih popular bila penjaga gol mereka Robert Green membuat aksi gelojoh dan melepaskan gol mudah ketika menentang USA. Jangan salahkan Jabulani pula ya. Tapi kali ini England pasti nak tebus maruah, aku jangkakan England menang mudah ke atas Algeria. Mungkin David James akan jaga gol malam ini. 



FTN predict : England mudah mengatasi Algeria [3-0]


Related Posts with Thumbnails