Showing posts with label Argentina. Show all posts
Showing posts with label Argentina. Show all posts

Sunday, July 4, 2010

Germany Belasah Argentina Dengan Selamba Gila



Germany vs Argentina
4-0
GER | Mueller (3'), Klose (68',89'), Friedrich (89')

Macho gila ah Germany! Aku predict 2 jek, korang pegi bantai 4. Mau menangis pakcik Maradona tu. Kempunan dia nak berlari bogel kat Stadium. Nice play by the Germans. Menyerap tekanan serangan Argentina, lepas tu dengan cool score goal bertubi-tubi. Klose legend, gol ke-14 keseluruhan sepanjang karier World Cup beliau. Nampaknya jampi korek Joachim Lowe terkena Maradona dengan tepat sekali. Hahaha


Wave Your Flag!!!


Oh, don't cry for him, be happy!



Pemain Argentina serba salah dengan niat Maradona
(original photo from soccernet.com)


Saturday, July 3, 2010

Germany vs Argentina : Half Time Scene



Germany vs Argentina
[1-0]
GER | Mueller (3')



Germany mendahului Argentina 1-0 hasil tandukan Mueller pada minit ke-3. Nampaknya Germany berjaya menyerap tekanan serangan dari Argentina yang diterajui Messi, Tevez dan Higuain. Klose pula hampir menambah jaringan tetapi sedikit tersasar di atas palang gol.

Perlawanan masih ada 45 minit, dan apa saja boleh berlaku. Germany perlu terus menyerang dan menambah gol. Tak best la main defend je kan? Sambil tu layan gambar-gambar dipinjam dari laman soccernet.com

Gol pendahuluan dari Mueller minit ke-3
(original photo from soccernet.com)



Maradona sudah runsing seawal minit ke-3
(original photo from soccernet.com)


Aku setuju..ramai setuju..tiup vuvuzela!!
(original photo from soccernet.com)


Monday, June 28, 2010

Argentina Benam Mexico 3-1, Germany Menanti Dengan Cool



ARGENTINA vs MEXICO
[ 3 - 1 ]
ARG | Tevez (26')(52'), Higuain (33')
MEX | Hernandez (71')

Argentina bakal berdepan Germany yang best apabila menundukkan Mexico 3-1 dalam perlawanan malam tadi. Selepas melihat Germany membelasah England dengan machonya 4-1, Argentina pastinya mahu mencuri sedikit highlight di surat khabar bahagian sukan apabila menunjukkan persembahan mantap terutamanya ayam tambatan KFC mereka, Lionel Messi dan Carlos Tevez. Perlawanan Argentina dan Mexico ini turut dilanda kontroversi apabila gol pertama Tevez dilihat dalam keadaan offside. Tetapi Tevez membuktikan kemachoan dengan gol peribadi keduanya yang gila babeng sekali. Rembatan cantik menewaskan penjaga gol Mexico.

Maradona buat lawak kasar dengan simpanan Mexico
(original photo from soccernet.com)

Juarez layang kad kuning pada linesman sebab
membenarkan gol kepada Tevez
(original photo from soccernet.com)

Maradona neves sampai sakit perut, berak 6 kali
(original photo from soccernet.com)



Sabar menanti perlawanan terhebat World Cup 2010, Germany vs Argentina. 

+ + + + + + +

Terima kasih aku ucapkan kepada kawan-kawan blogger yang telah sudi mengundi gambar aku dalam contest SAGA Snap & Win. Pengundian sudah tamat hari ini, dan hanya menunggu keputusan pada 10hb nanti. Harap-harap ada rezeki. :)

Related Posts with Thumbnails