gambar dari Google.com
Wah, sekarang nampaknya perang iPhone bakal bermula lagi. Sebelum ini kalau tak silap aku awal 2009, Maxis merupakan satu-satunya rangkaian yang menawarkan iPhone dalam pakejnya. Selepas itu, iPhone menjadi "boom" di Malaysia. Ramai menggunakan iPhone. Mungkin sebab ia stylo dan cool. Lagipun ia sudah menjadi trend terkini.
logo Digi dari Google.com
Dan sehingga pagi tadi, seriously aku ingat hanya Maxis yang menawarkan iPhone di Malaysia (secara pakej ye). Tetapi, terima kasih kepada iklan nuffnang yang muncul aku baru tahu yang Digi pun akan menawarkan iPhone dalam pakejnya. Aku jarang bukak website mereka jadi tak berapa ambil tahu.
Tapi baguslah. Sekurang-kurangnya sekarang kita sudah ada banyak pilihan. Yang mana lebih berbaloi dan sesuai, itu terletak pada pilihan masing-masing. Kalau tak silap aku, Celcom pun berhajat nak "counter" offer dari Digi dan tidak mahu ketinggalan dalam perang iPhone di Malaysia ini.
Apapun, yang gembira ialah kita semua. Kerana pilihan sudah bertambah.
Kalau ada yang tak perasan tentang kewujudan pakej iPhone Digi, boleh rujuk sini