Wednesday, March 24, 2010

Tolong Ajar Pakcik Zhao Cara Bermain Tali Skip Dengan Betul! PLEASE!

Selamat Pagi. Mulakan hari anda dengan tenang dan gelak ketawa. Kalau tak cukup ketawa, mari sini aku sajikan satu kisah yang mungkin membuatkan korang ketawa. Tapi aku pasti akan ada segilintir yang mengerut muka membayangkan kesakitan.

Terlebih dahulu, aku nak terangkan tentang satu alat permainan dipanggil tali skipping, atau "skip rope" dalam Bahasa Ibunda David Beckham.
A skipping rope is the primary tool used in the game of skipping played by children and many young adults, where one or more participants jump over a rope swung so that it passes under their feet and over their heads. This may consist of one participant turning and jumping the rope, or a minimum of three participants taking turns, two of whom turn the rope while one or more jumps.
Ok? Jelas? Kalau tak faham, aku ringkaskan sikit. Tali skipping ini orang pakai untuk lompat. Tapi yang kelakar di sini, ada juga orang yang tak reti-reti menggunakan tali skip untuk tujuan kebaikan.

Ini Tali Skipping, bukan Tali Perut

Keriangan terpancar di wajah kalau guna tali skip
dengan betul. Lihat saja lah jeles bukan?

Kat sini yang datang kisah lawak yang menyakitkan. Seorang pakcik yang tak sedar diri, telah memasukkan tali skip ke dalam lubang kencingnya. Aduh pedih aku membayangkan. Tujuan; sebagai satu permainan seks! Aduh, apa punya lahabau lah pakcik ni. Kat mana yang permainan seks tu? Aku cadangkan doktor kerat saja batang berjuntai dia tu. Biar senang sikit dia nak masukkan tali sampai punding kencing dia lepas ini. Silap-silap boleh sangkut sampai ke anak tekak dia. Kalau tak percaya, sila baca petikan dari Kosmo di bawah.

Aku harap cucu pakcik ini sekeh kepala dia 85 kali sempena 
panjang tali skip yang sangkut kat pundi kencingnya


CHONGQING - Seorang lelaki di China terpaksa dibedah setelah tali skip sepanjang 85 sentimeter tersangkut pada pundi kencingnya, lapor sebuah akhbar semalam.
Ia tersangkut selepas buruh berusia 58 tahun dari sini, Zhao Chenglin, memasukkan tali itu ke dalam zakarnya sebagai aksi satu permainan seks.
Dia memasukkan hampir kesemua tali itu ke dalam lubang kencingnya.
Eksklusif! : Gambar X-RAY pakcik Zhao
(jangan percaya)

Manusia adalah pelik bukan? Mungkinkah pakcik ini mendapat bisikan dari langit?

SOURCE : Kosmo
p/s: semua gambar diperoleh dari Google.com

Related Posts with Thumbnails