Masalah yang aku hadapi ini boleh membawa kepada gelaja stress yang melampau. Apatah lagi bila tidak tahu kenapa dan gagal menyelesaikannya. Jadi kali ini aku beralih kepada strategi seterusnya. Bertanya kepada semua blogger yang membaca, mana tahu mungkin ada yang tahu jawapannya. Ini bukan dugaan, ini betul-betul.
Adakah NOKIA selalu bermasalah?
Okay. Ini entri meminta pertolongan. Kerana aku buntu dan ingin mencari penyelesaian. Kepada sesiapa yang menggunakan handphone NOKIA 5800 Music Express, sila baca dengan teliti dan beri pandangan. Kepada pengguna model lain, ambil sebagai info dan kalau ada kawan yang guna model ini boleh sampai-sampaikan.
Pernahkah Nokia 5800 korang jadi macam ini? Skrin LCD menjadi fuzzy atau bergaris dan tidak boleh baca apa-apa pun di skrin LCD. Pergi ke kedai telefon pun, tak dapat diselesaikan. Mereka pun tidak tahu mengapa. Tak pernah jatuh, tak pernah celup dalam air, tak pernah kena sambar kilat tapi jadi begini. Adakah masalah hardware? atau memang problem ini berlaku secara besar-besaran dan perlukan recall?
Agak stress akibat masalah ini, sebab susah nak tahu siapa yang buat panggilan sebab skrin tak nampak. Nak taip sms lagi lah. Jadi kadang-kadang tu, kalau ada panggilan telefon yang kita tak nak angkat, terpaksalah jawab sebab tidak tahu siapa di talian. Ini semua sebab skrin yang rosak tu. Stress tau..stress!
Oh ya, nak masuk panggung wayang tempoh hari pun stress. Sebab susah nak cari di mana nak tekan untuk silentkan telefon!
Jadi tolong lah..kepada mereka yang prihatin dan ada jalan penyelesaian (selain beli phone baru), sila lah bantu.
Maaf tiada hadiah. Ini bukan entri contest. Dan aku tahu rakyat Malaysia ni ikhlas bantu membantu.. kan?