Tuesday, March 16, 2010

Mereka Ini Lebih Kreatif Dari Ah Long Bukit Beruntung

Kalau lihat dari gambar satelit, mungkin nampak macam kuah tom yam
gambar dari google.com

BANGKOK (AP) - Anti-government protesters started donating their own blood Tuesday as part of a plan to splatter the Thai government headquarters in a symbolic sacrifice to press their demands for new elections.

Red-shirted demonstrators lined up to have their blood drawn by nurses, a day after their leaders vowed to collect "1 million cubic centimeters" of blood - the equivalent of 1,000 standard soft drink bottles - to spill at Government House by Tuesday evening.

SOURCE : thestar


Kalau di Malaysia, Ah Long atau "Loan Shark" lebih gemar menggunakan pendekatan sebagai tukang cat bila mengugut "client" mereka. Cat akan disimbah ke kereta, ataupun pagar rumah. Ada juga yang melihat ia sebagai satu graffiti, atau mural yang abstrak. Kalau tidak mahu ia berlaku, janganlah pinjam dengan Ah Long.

Tapi di Thailand, lebih kreatif dan inovatif. Kumpulan Penyokong Thaksin yang sedang mengadakan tunjuk perasaan di Kota Bangkok mengambil pendekatan terbaru. Mereka akan menyimbah darah mereka sebagai simbolik tunjuk perasaan dan mahukan pilihanraya. Jumlah darah yang disasarkan mereka menyamai 1000 botol minuman.

Kan bagus kalau darah itu diderma ke Hospital. Lebih banyak nyawa boleh diselamatkan. Dah macam kerja sukarela pula buat derma darah besar-besaran. Mana tahu boleh masuk World Records tak?

Tom Yum pun warna merah apa? Siap ada udang dan sotong lagi
gambar dari google.com


Apa kata kalau tukar darah manusia dengan Tom Yum. Simbah lah berapa periuk sekalipun. Aku tak kisah. Dengan segala seafood sekali. Silap-silap, FRU pun tadah buka mulut beramai-ramai. Tak berlaku bertumpahan darah pun. Tumpah Tom Yum adalah kut.

Related Posts with Thumbnails