Ini Lintah bukan Coco Jelly
Aku tak berkawan baik dengan Lintah. Lintah yang suka menghisap darah tu. Dulu masa kecik-kecik bermain di kampung selalu juga buat gathering dengan lintah, kadang-kadang lintah datang tanpa dijemput. Suka sangat hinggap di kaki. Menakutkan bagi aku. Walaupun nyamuk pun sama hisap darah, tapi strategi mereka berbeza. Ye ke? Atau itu hanyalah mainan minda aku? Haha.
Apapun, selepas ini perlu lebih berhati-hati dengan lintah. Sebab apa? Sebab aku baru baca berita ini. Berhati-hati dengan lintah, walaupun korang dah biasa.
Maaf, entri merapu petang-petang ini