Wednesday, March 10, 2010

Maaf Aku Kelewatan, Tapi Aku Tetap Mahu Sampaikan Berita Yang Ceria Ini



Ya, gelakkan aku kerana lambat. Sebabnya ramai sudah pun tahu keputusannya. Al-maklumlah, semuanya ada ASTRO, siap ada ASTRO Beyond lagi Hehehe.. Tu belum kira TV LCD pelbagai. Ala-ala stadium dah rumah dia. Tapi takpe, aku tetap dengan pendirian mahu berkongsi kisah yang sangat orgasmik. Apa lagi kalau bukan keputusan perlawanan UEFA Champions League yang berlansung malam tadi. Apa-apa team yang selain team ini, akan disokong sebulat suara oleh aku. Sorry ye cikgu! HAHA. Tapi yang kali ini special case. Aku memang peminat Gunners. Tambah-tambah bila nampak 5-0, sudah tentu aku bahagia. Sampai jari-jemari aku gatal nak menaip, dan menceritakan pada semua..walaupun semua yang dah ada astro itu sudah tahu kisah. Hahaha, aku tak peduli.

Apapun, aku sudah menyaksikan highlights, dan ternyata aku kagum dengan kehebatan mereka-mereka ini menggodam bola, eh menggelecek..aa lebih kurang macam tu. Tengok Arshavin dan Nasri, bukan main menggeletek mereka di atas padang. Defender diperkotak-katik, macam main bola petang-petang je.


Tengok lah tu, bukan main lagi Bendtner, belum apa-apa lagi dah score minit ke-9. Tamak haloba betul, siap sapu 3 gol. Nak jadi hero la tu. Sebab dia yakin, surat khabar akan tulis "HATRICK HERO". Sebab tu dia beria-ia nak ambil sepakan penalti. Hari tu bukan main lagi miss chance banyak. Tapi takpe, terima kasih Bendtner. Terubat juga ketiadaan Fabulous Fabregas.



Ini lagi satu. Budak Samir Nasri ni. Nama macam ketua darjah aku kat Taiping dulu. Gol dia sangat macho. Suka hati dia bawak bola macam dia punya. Kalau budak-budak main petang dah cakap "Woi Bolot!". Tapi nasib baik dia score gol lepas tu. Kalau tak tentu Bendtner sound.

Akhir kata, job well done lah Arsenal!

Walaupun aku takde ASTRO, aku tetap sapot mu.

p/s: images from Google

Related Posts with Thumbnails