Aku tak salahkan mereka masuk business duit klik semua itu. Hak mereka. Tapi sikap "desperado" mereka-mereka ini yang paling tak boleh blah. Tak pasti kenapa blog aku pun di spam. Aku tak pernah join mana-mana business jutawan klik, MLM atau sewaktu dengannya. Aku cuma join Nuffnang, ping blog di GB dan Innit, serta di IMCurtain. Blog FTN aku ni bukanlah blog yang terkenal dan kaya dengan trafik (ranking pun berjuta lagi). Susah-susah je spam, sebab takda orang akan klik pun.
Mungkin ini antara sebab kenapa ramai bloggers (terutamanya yang sudah top) tidak menempel shout box di blog mereka. Tapi dilemanya, di blog aku ni masih kurang yang berminat nak respon kepada entri dalam "comment form". Jadi aku kadang-kadang perlu bergantung kepada shoutbox untuk kenalpasti readers blog ini. Serta mudahlah aku nak lawat blog-blog lain.
mata duitan US dollar ni
Apapun, aku harap kepada yang nak ambil peluang menipu orang untuk klik, pastikan beradab sedikit. Tak perlulah desperate sampai nak guna 3-4 nama berlainan. Boleh?
Graf penurunan trafik..hoho!
p/s : terima kasih juga kerana sebab desperation korang, tiba-tiba trafik blog naik tengah malam. Ramai juga yang tidur lewat menjelang hari Isnin ya? Cuti kut..hehe