Tuesday, March 16, 2010

Aku Kesian Kat Azizah, Jadi Aku Tulis Lagi Pasal Asmaradana

So, last week kali terakhir melihat watak Narimah dalam drama Asmaradana (barangkali). Mungkin kalau dia muncul pun, dalam mimpi Aziza kut. Atau dalam bentuk Memey? Tapi seperti dijangka, Azizah akan tinggal bersama keluarga Tengku Malia, Rafeah, Tengku Farouk serta anak-anak angkat dia dalam rumah besar gila yang ada 8 bilik!! (ntah betul ke tidak).

Puteri Sarah sebagai Mimi





Mimi lakonan Puteri Sarah jadi geng baik (setakat ini) dengan Azizah. Abang Mimi, Fariz (Ikram Dinzly) nampaknya lebih cenderung kepada geng jahat sebab sudah mendengar hasutan dari Malia dan Rafeah. Uih bukan main gedik lagi Malia. Sampai nak letak Azizah sebilik dengan orang gaji. Ciss, berani dia!

Shaheizy Sam sebagai Amran

Azizah sambung belajar di bandar. Masa inilah watak Amran (Shaheizy Sam) muncul. Mungkin dia Putera Raja yang Mimi maksudkan? Tapi muka dia agak brutal masa selisih dengan Azizah. Tapi akhirnya dia tegur Azizah.


Jangkaan aku untuk episod-episod akan datang :
Mimi dan Fariz kan merupakan anak angkat. Aku rasa akan berlaku konflik cinta antara Fariz dengan Azizah serta Amran. Mungkin? Kita tengok apa jadi nanti.


P/S : Aku review drama ini sekadar suka-suka saja. Tak ada kena mengena dengan sesiapa tau!

Related Posts with Thumbnails