Friday, March 26, 2010

GSC Terbakar? Semalam Aku Berada Di Sana, Tapi Tak Berlaku Apa-apa


gambar dari cinema online


Aku agak terkejut mendapat panggilan telefon dari rakan yang ingin menonton wayang di GSC, One Utama sebentar tadi.

Rakan : Awak tengok cerita dragon tu bila?
Aku : Semalam
Rakan : Betul ke? Sebab GSC tutup ni.
Aku : Tutup??
Rakan : YEEE TUTUP!
Aku : Sebab apa?
Rakan : Macam ada tulis terbakar kut. GSC terbakar la kut.
Aku : Ehhh? TERBAKAR?? Semalam pegi tengok sana. Nasib baik takda apa-apa.
Rakan : Alaaa tak dapat tengok 3D malam ini!

Lalu aku terus google, dan terjumpa berita di laman web cinema online yang ada maklumat tentang kejadian itu. Memang ada kebakaran berlaku di Glitters. Dan mungkin menyebabkan kerosakan di bahagian pawagam. Untuk gambaran lebih jelas, boleh tengok ke cinema online.

SOURCE : cinema online, info dari rakan.

Related Posts with Thumbnails