Saturday, March 13, 2010

Musim F1 Sudah Bermula, Pasukan Mana Menjadi Pilihan?

Ini bukan F1 di keyboard anda

  Bahrain International Circuit - Permulaan Musim 2010


Hari ini akan bermula siri perlumbaan Formula 1, dengan sesi ujian kelayakan masa di Litar Bahrain. Yang pasti kali ini lebih ramai rakyat Malaysia akan menonton F1 berbanding musim 2009. Sudah tentu kerana kehadiran pasukan Lotus F1 atau nama lainnya 1Malaysia F1 team. Pasukan Lotus yang sememangnya terkenal dalam perlumbaan F1 sebelum ini (kali terakhir menyertai F1 pada 1994) bakal membuat "comeback" dalam sukan berprestij ini. Dan lebih bermakna lagi, kali ini dengan kehadiran pelumba negara Fairuz Fauzy. Walaupun hanya sekadar pelumba ke-3 pasukan, namun kemunculan Fairuz dalam perlumbaan sebenar memang dinanti-nanti. Lotus F1 akan diterajui oleh Jarno Trulli dan Heikki Kovalainen.


Heikki, Tony Fernandez, Trulli, Fairuz Fauzy


Jangan lupa jentera hijau kuning ini. Ini bukan mewakili negeri Kedah


Satu lagi sebab untuk tidak ketinggalan menyaksikan musim 2010, sudah pasti kerana kembalinya juara 7 kali, Michael Schumacher. Schumacher akan memandu untuk pasukan Mercedes GP bersama-sama Nico Rosberg. Untuk musim ini, PETRONAS akan menjadi "title sponsor" untuk pasukan Mercedes GP, atau nama penuhnya Mercedes GP Petronas F1 Team. Pasti kita akan melihat wajah Schumacher dalam iklan-iklan PETRONAS di TV dan di stesen-stesen minyak berhampiran rumah.



Schumacher sengaja di focus, yang belakang tu bokeh pun takpe

Bertambah lah kereta warna silver dalam F1 selain Mclaren


Apapun, harapan aku sekurang-kurangnya Lotus F1 team dapat memberi saingan hebat kepada pasukan lain. Walaupun pembangunan jentera F1 mereka mengambil masa yang singkat akibat kelewatan menyertai perlumbaan, namun perkembangan mereka amat meyakinkan. Penasihat PROTON, Tun Mahathir sendiri terkejut dan kagum dengan kepantasan mereka menyediakan jentera F1 berkod T127 itu. Semoga nama Lotus kembali gah dalam sukan F1 disamping menaikkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

Kalau Trulli atau Kovailanen kena gastrik, mesti Fairuz Fauzy dapat race. Hahaha.

p/s : gambar ihsan Google.com

Related Posts with Thumbnails