Friday, March 26, 2010

Tak Mengapa, Boleh Tengok Penunggu Gunung Raya Secara Online Kan?

Salam 1Malaysia kepada semua pembaca dan followers blog FTN. Dukacita dimaklumkan, aku telah terlepas menonton dua drama "feberet" aku semalam. Mesti korang dah boleh agak, sudah semestinya Tiz dan Asmaradana, serta Emelda dan Penunggu Gunung Raya. Oh I'm Sorry! Tapi tidak mengapa. Di sini lah gunanya internet. Kita boleh tengok balik secara streaming. No Problem!

Sebenarnya aku pergi menonton wayang. Sudah lama juga tidak pergi nonton sejak cerita Avatar (lama la sangat huh). Kali ini tengok animasi pula. "How To Train A Dragon" menjadi pilihan dan kali ini buat pertama kali, menonton secara 3D. Sebelum ini pernah nonton 3D tapi di Universal Studio Japan. Di Malaysia ini pertama kali. Sangatlah best jalan ceritanya. Jadi aku nak kongsi sedikit sinopsis/review aku untuk "How To Train A Dragon".


Filem animasi ini mengisahkan tentang seorang remaja yang bernama (1). Dia merupakan anak kepada (2) yang juga merupakan ketua (3) kepada kampung itu. (2) kecewa dengan (1) kerana tidak mewarisi ciri-ciri (3) dan atas sebab itu (2) tidak mahu mengaku (1) sebagai anaknya. Ketika kampung itu sedang melawan (4) yang menyerang kampung, (1) secara tidak sengaja menangkap seekor (4) dan menjadikannya pet (4). (1) menjadi terkenal di kampung itu sebab belajar ilmu-ilmu mengenai (4) daripada pet (4)nya itu. (2) mendapat tahu tentang kehebatan (1) dan tidak sabar nak tengok (1) menjadi seorang (3) tetapi dengan syarat (1) kena membunuh seekor (4). (1) tak sanggup lalu membuatkan (2) menjadi berang dan mendapat tahu tentang pet (4) belaan (1). (2) menggunakan pet (4) untuk membawa mereka ke sarang untuk serangan besar-besaran (3).

Apa terjadi seterusnya? Wow itu kena tonton sendiri. Ini pun aku dah kurangkan spoiler. Haha. Takkan nak cerita sampai habis. Tapi memang best. Aku suka, ditambah dengan efek 3D.

Tengok dalam 3D beb, nak terkeluor biji mata aku

Layan trailer sikit :

Related Posts with Thumbnails