Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch
Cuba sebut. Boleh? Ya aku faham. Bukan sekadar semput nak menyebut, tapi sampai nak terkeluar kahak menyebutnya. Jangan tanya aku macamana sebutannya, teka sajalah.
Itu adalah nama satu kampung kecil di Negara Wales. Nama betul-betul tu. Diiktiraf dan merupakan antara tempat yang mempunyai nama paling panjang di dunia. 58 patah huruf! Dah macam slogan nak menang motor tu! Tapi jangan ingat nama pelik itu tiada maksud. Harus ada!
Ini maksudnya. Aku agak malas nak translate, jadi terimalah seadanya dalam bahasa ibunda David Beckham :
St Mary's Church (Llanfair) in a hollow (pwll) of white hazel (gwyngyll) near (goger) the swirling whirlpool (y chwyrndrobwll) of the church of St Tysilio (llantysilio) with a red cave ([a]g ogo goch).
Kalau korang ingat aku tipu, tolonglah tekan sini. Ensiklopedia kegemaran ramai boleh terangkan dengan jelas.
Tapi jangan tak tahu, ada lagi satu nama tempat yang lebih panjang namanya dari pada Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch ni. Dengan 105 patah huruf, bersedialah untuk sesak nafas menyebut :
Taumatawhakatangihangakoauauotamateaturipukakapikimaungahoronukupokaiwhenuakitanatahu
atau nama manjanya Taumata
atau nama manjanya Taumata
Aku yakin kalau ambil gambar pakai kamera handphone, sure tak dapat baca dengan jelas. Sebab panjang sangat, zoom nanti gambar jadi "blur"..heh! Taumata terletak di New Zealand. Ia nama dalam bahasa Mauri untuk sebuah bukit setinggi 1001 kaki di selatan Hawke's Bay, New Zealand. Maksudnya, (kali ini dalam bahasa ibunda John Terry)
The summit where Tamatea, the man with the big knees, the climber of mountains, the land-swallower who travelled about, played his nose flute to his loved one
Begitulah kisah nama tempat terpanjang di dunia. Nasib baik tidak dilahirkan kat tempat-tempat macam tu. Pasti menghadapi kesukaran nak mengisi borang UPU, borang biasiswa, borang interview, borang kerja, borang KWSP, borang loan dan sebagainya. Nak daftar untuk akaun Nuffnang pun mungkin menghadapi masalah. Sebab alamat tak cukup ruang, dan cek tak sampai.
p/s : maklumat dirujuk pada wikipedia.org. tengok URL untuk Taumata tu, PANJAAAAANG SEHH!!