Showing posts with label Phone. Show all posts
Showing posts with label Phone. Show all posts

Friday, August 6, 2010

Blackberry Dan Kehidupan Seharian

Blackberry. Kegilaan ramai remaja masa kini. Apakah kelebihannya digunakan dengan bijak? Kerana aku perhatikan ramai yang menggunakan Blackberry ini lebih banyak menghabiskan masa buka Facebook dan chatting dengan BBM Service. Pendek kata, lebih banyak masa dihabiskan dengan telefon Blackberry.

Aku merasa sangat pelik melihat gelagat rakan-rakan tak kira di pejabat mahupun di luar yang seolah-olah ketagih dengan Blackberry ini. Aku yang guna phone ada WIFI pun cepat rasa bosan surfing. Apalah nak nampak dengan skrin kecil, sakit mata adalah. Perlu ke "get connected" sentiasa? Macam tak ada life je..segala aktivity nak dilaporkan kepada dunia. 

p/s : Budak-budak sekolah pun dah ada yang guna Blackberry. Macam tak sesuai je kan. Setuju?

Sessi soal jawab di FormSpring FTN!

Tuesday, March 16, 2010

Memang Bagus Kalau Pengguna Diberi Banyak Pilihan, Setuju?

gambar dari Google.com

Wah, sekarang nampaknya perang iPhone bakal bermula lagi. Sebelum ini kalau tak silap aku awal 2009, Maxis merupakan satu-satunya rangkaian yang menawarkan iPhone dalam pakejnya. Selepas itu, iPhone menjadi "boom" di Malaysia. Ramai menggunakan iPhone. Mungkin sebab ia stylo dan cool. Lagipun ia sudah menjadi trend terkini.

logo Digi dari Google.com

Dan sehingga pagi tadi, seriously aku ingat hanya Maxis yang menawarkan iPhone di Malaysia (secara pakej ye). Tetapi, terima kasih kepada iklan nuffnang yang muncul aku baru tahu yang Digi pun akan menawarkan iPhone dalam pakejnya. Aku jarang bukak website mereka jadi tak berapa ambil tahu.

Tapi baguslah. Sekurang-kurangnya sekarang kita sudah ada banyak pilihan. Yang mana lebih berbaloi dan sesuai, itu terletak pada pilihan masing-masing. Kalau tak silap aku, Celcom pun berhajat nak "counter" offer dari Digi dan tidak mahu ketinggalan dalam perang iPhone di Malaysia ini.

Apapun, yang gembira ialah kita semua. Kerana pilihan sudah bertambah.

Kalau ada yang tak perasan tentang kewujudan pakej iPhone Digi, boleh rujuk sini

Related Posts with Thumbnails