Ok, bagi yang belum tahu minor facelift kali ini melibatkan beberapa pembaharuan dari segi rupa luaran dan juga dalaman kereta. Fascia grill depan diperbaharui termasuk bumper hadapan dari model Gen.2 CPS sebelum ini. Lampu belakang juga diganti dengan design yang menggunakan LED. Design rim aloi juga baru untuk model ini.
cermin sisi dengan signal LED (smart!)
Jadi, bagaimana pemanduan kereta ini?
Aku tak pasti sama ada 32-bit ECU yang digunakan dalam model baru ini mempengaruhi pecutan enjin. Tapi dari sumber-sumber, ada dinyatakan sedikit adjustment dilakukan dan acceleration pada low rpm lebih baik sedikit. Dan aku setuju. Respon lebih pantas berbanding Persona IAFM sebelum ini.
Dari segi handling tidak dinafikan, peranan LOTUS dalam development kereta PROTON memang ketara. Ramai yang berpuas hati dengan handling kenderaan PROTON sejak model Waja lagi. Cukup stabil ketika mengambil selekoh. Jadi aku tidak terkejut ketika memandu uji Persona Elegance.
Apa lagi yang beza pada model ini berbanding Persona sebelum ini?
Paling ketara ialah keadaan ketika berada di dalam kereta. NVH (Noise, Vibration, Harshness) level sangat berbeza berbanding sebelumnya. Pendapat aku, lebih senyap dari Persona malah Exora sekali! Engine noise tidak ketara di dalam cabin. Dan ketika aku meluncur 120km/h bunyi angin belum kedengaran.
ICE (in-car entertainment) juga sudah diganti dengan 1-Din unit dari Blaupunkt. USB port juga disediakan. Tiada lagi radio dengan butang bulat yang agak payah digunakan. Ditambah dengan NVH yang bagus, kualiti bunyi radio jelas kedengaran.
Lain-lain perubahan termasuk meter panel illuminaton baru (seperti Exora), kemasan leather seat yang baru, serta kerusi belakang yang diperbaharui (angle duduk sudah diubah sedikit, tidak tegak seperti sebelum ini)
Kesimpulan, walau apa pun kata orang (tin milo dan sebagainya) aku syorkan pergi pandu uji dahulu sebelum buat konklusi. Aku hairan sikap orang yang suka perlekeh buatan nasional, tak kira PROTON atau PERODUA. Kenapa bila pergi ke showroom Honda, Toyota, BMW atau lain-lain tidak pula ketuk segala-gala. Tak pula hempas pintu. Tapi kalau di showroom PROTON atau PERODUA, sampai nak patah door handle di tarik, ada yang kopek plastic parts dalam dashboard dan macam-macam lagi.
Berubahlah. Kalau tak suka, jauhkan diri. Jangan buang masa fikir ayat-ayat dan cerita karut (my friend's PROTON bla bla, my dad's neighbour's PROTON) sekadar nak jatuhkan produk nasional.
p/s : aku berminat nak beli, tapi lebih menantikan Waja Replacement Model hujung tahun ini :D
Source : Gambar dipinjam dari Paultan.org