Thursday, March 18, 2010

Ada Kisah Di Sebalik Kucing Yang Terburai Isi Perutnya Ini


Ini adalah antara barang yang terjual di Jepun. Mungkin ada yang kata ia kejam. Tapi sebenarnya ini salah satu parody di Jepun. Ada kisah disebalik kucing pecah perut ini. Dah macam pelakon ekstra Penunggu Gunung Raya pula. (jangan lupa malam ini)



Okeh. Kalau perhatikan kat packing tu, terdapat tulisan Jepun. Yang berbunyi "Neko Funjyatta". Kalau siapa yang mahir berbahasa Jepun mungkin sudah boleh kaitkan dengan barang itu. Kepada yang tidak tahu, ia bermaksud Saya Terpijak Kucing. Neko bermaksud kucing, dan Funjyatta bermaksud terpijak (dalam format past tense). Kata dasarnya Fumu : Pijak.

"Neko Funjyatta" ini merupakan satu lagu asas untuk belajar piano. Melodinya terkenal di seluruh dunia. Cuma tajuknya berbeza-beza mengikut negara. Di eropah lebih dikenali sebagai Flea Waltz, di Sepanyol sebagai La Chocolatera dan sebagainya.

Ini lirik lagu piano "Neko Funjyatta". Kecil-kecil sudah diajar memijak kucing. Mungkin kucing Doraemon agaknya. Tapi kenapa pijak kucing? Pijak cicak tak mahu?



Macam ini lah melodi Flea Waltz. Biasa dengar kan?

Related Posts with Thumbnails