"Ni bukan tiket Air Asia!" kata Kak Wangi (bukan nama samaran)
Iklan ini tidak dibayar oleh sesiapa. Cuma aku nak introduce pada korang pembaca blog ini apa yang aku bawa pulang dari Blogger's Gathering tempoh hari. Salah satu aktiviti masa itu ialah cabutan bertuah. Hadiah utamanya ialah penginapan 3 hari 2 malam di Commonwealth Park & Resort, Rawang. Walaupun tak berjaya dapat hadiah penginapan, tapi aku rasa semua dapat hadiah kan? Aku dapat 24 tin X10, dan wifey aku dapat kek sumbangan Rini & Amye. Sedap kek tu. Memang lazat bila dimakan petang-petang sambil menonton Na O Mei. Kalau nak tempah bolehlah hubungi Rini (cawangan Bangi) di no. telefon 0127390968 atau Amye (cawangan KL) di no. telefon 0192555864. Aku tiada apa-apa share dalam business ini. Sekadar berkongsi maklumat. Niat aku hanyalah nak promosi business mereka. Aku dah dapat kek free, jadi ini jelah yang mampu aku lakukan untuk membalas budi..hehe
Tengok tu, monyet tu pun muka toya tak dapat makan kek. Ini gambar sebelum aku makan kek sambil tengok Na O Mei. Baru keluar dari peti ais, tu yang nampak berkuap sikit. Tapi terus terang, kek itu lazat!