Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Tuesday, June 25, 2013

Lupa Password Sebab Jerebu

 photo 9123154454_1d40b92d74_zps935307ca.jpg




Ok tak alasan macam ni? Cagher tak?

Sunday, January 6, 2013

ATM "The Gladiators" Rangkul Piala Pertama 2013

Photobucket



ATM  "The Gladiators" berjaya merangkul kejuaraan pertama musim 2013 setelah menewaskan Kelantan "Red Warriors" menerusi sepakan penalti. Kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas 90minit dengan gol-gol dijaringkan oleh Indra Putra dan sepakan percuma cantik dari Izwan Fadli. Jaringan cantik dan permainan baik dari Izwan juga membawa tuah apabila dinobatkan pemain terbaik perlawanan (M.O.M) semalam. 

Apapun, tahniah kepada ATM. Dan dengan perlawanan semalam, bermakna Liga Bolasepak Malaysia akan kembali memeriahkan minggu-minggu akan datang. Sudah pasti pasukan tumpuan ialah Johor DT dengan barisan pemain termahal dalam liga kali ini.

Mengharapkan revolusi baru bola sepak Malaysia musim ini dengan kemasukan lebih banyak sponsor, rebranding pasukan, pengurusan baru dan sebagainya. Cuma persoalannya, bila Presiden FAM nak bertukar rupa.

Akhir kata, "Majulah Sukan untuk Negara".

Thursday, November 29, 2012

AFF SUZUKI CUP 2012 : Highlights Malaysia vs Laos (4-1)



Tak dinafikan gol freekick Safiq Rahim memang cantik. Tapi takat tu je ler. Permainan Safiq kat tengah padang masing tak meyakinkan. Namun keputusan yang positif. Membakar momentum untuk perlawanan terakhir kumpulan menentang musuh ketat-ketat-ketat.. Indonesia.

Tuesday, January 25, 2011

Mengucap di Radio

Ohayop!

Pagi-pagi dijamah dengan berita dari akhbar Metrol yang Fasha Sandha dan Jejai sudah putus. Eloklah tu. Ada chance gadis-gadis lain tumpang naik Camaro Bumblebee Jejai kan? Eh eh dah macam blog gossip pulak. Nak trafik ler tewww.. #desperet

Baidewei, aku nak cerita pasal ucapan Radio. Korang pernah tak rasa tertekan bila dengar ucapan radio yang mengarut2, ataupun alasan yang orang bagi bila diorang call ke radio?

contohnya :

"Saya nak ucapkan selamat pagi kepada ibu dan ayah saya yang berada kat tepi saya ni dan adik saya yang masih tido itu dengan ucapan bangunlah cepat, kami lapar nak ajak pegi brekfes nih"

ataupun

"Saya tengah hangit ni, sebab baru je eksiden. Ada kereta langgar tepi pintu, saya bengang lalu terus call radio nih"

ataupun

"Hello, semekom saya Aiman..umur baru 9 tahun. Nak ucapkan selamat hari jadi kepada Dayana Bintang Kecil. Bila nak buat konsert kat sekolah saya?"


Dasaaaatttt kan???

Dah tau mak bapak ada kat tepi, kau bisik je la kat telinga diorang. Ucapkan rasa sayang stret ke hati, tak perlu susah payah bayar prepaid nak call radio. Yang satu hal lagi, adik kau tido buat pe nak kasi ucapan? Pegi hantok kepala dia la suruh bangun. Dasaatttt betol lahh.

Satu lagi, ini aku perasan berkali gak la kat radio. Baru eksidenlah, tayar pancitlah.. tapi nak call radio dulu..baik kau call tow truck ke, call mak bapak dulu ke..lagi bagus. Takde maknanya bagitau DJ yang kau eksiden.

Oh last bat not lis, budak-budak belom akhil baligh elok habiskan khatam quran dulu. toksah sibuk-sibuk nak telefon radio. Aku dulu sampai tingkatan 3 pun boleh guna telefon untuk telefon kawan je. Tu pun ada limit.

Apa pun, memang dasattt la senario zaman sekarang.

#dasaattttt

Photobucket

Friday, December 31, 2010

Sweet. Osem. Proud

Photobucket

Thursday, October 21, 2010

Cakap Banyak Tak Guna Lah

Bila bas ekspress eksiden tengah highway, semua bising. Bila kereta eksiden dekat highway, pun semua bising. Lori terjun gaung pun semua bising. Especially pihak berkuasa..yang jaga jalan raya tu.

Tapi spesificly ada tak sesiapa peduli betapa lajunya kereta/bas/lori dekat strech KLIA > SHAH ALAM on ELITE highway. Macam cilaka punya laju. Especially those KLIA limos, and those cars with 1 digit plate.

Semua tu punca kemalangan. Jauh sebatu dah bagi highbeam, macam mak bapak dia punya jalan. Lori overtake from lane kiri sukati diorang, ah mana pasukan Roda-roda Kuala Lumpur tuh? Sibuk berlakon drama TV ke? Takde pulak buat speed trap ke, apa..bila orang nak cuti bukan main..4-5riban anggota letak tepi RnR doing nothing. Pfftttt

Kalau betul nak kurangkan kemalangan, PLEASE TAKE ACTION lah. 2x5 macam Celcom lah.

p/s : Lu ingat pakai BMW 7 Series plate No. 9, Lu boleh zigzag dekat highway macam main Need For Speed? Wak Lu!

Thursday, March 18, 2010

Cuba Dengar Walau Sekali Dan Hayati Liriknya

Mungkin ada yang sudah tahu tentang lagu ini. Bagi yang belum mendengar, cuba layan sekali. Dengar dan selami maksud liriknya.


Tuesday, March 16, 2010

Memang Bagus Kalau Pengguna Diberi Banyak Pilihan, Setuju?

gambar dari Google.com

Wah, sekarang nampaknya perang iPhone bakal bermula lagi. Sebelum ini kalau tak silap aku awal 2009, Maxis merupakan satu-satunya rangkaian yang menawarkan iPhone dalam pakejnya. Selepas itu, iPhone menjadi "boom" di Malaysia. Ramai menggunakan iPhone. Mungkin sebab ia stylo dan cool. Lagipun ia sudah menjadi trend terkini.

logo Digi dari Google.com

Dan sehingga pagi tadi, seriously aku ingat hanya Maxis yang menawarkan iPhone di Malaysia (secara pakej ye). Tetapi, terima kasih kepada iklan nuffnang yang muncul aku baru tahu yang Digi pun akan menawarkan iPhone dalam pakejnya. Aku jarang bukak website mereka jadi tak berapa ambil tahu.

Tapi baguslah. Sekurang-kurangnya sekarang kita sudah ada banyak pilihan. Yang mana lebih berbaloi dan sesuai, itu terletak pada pilihan masing-masing. Kalau tak silap aku, Celcom pun berhajat nak "counter" offer dari Digi dan tidak mahu ketinggalan dalam perang iPhone di Malaysia ini.

Apapun, yang gembira ialah kita semua. Kerana pilihan sudah bertambah.

Kalau ada yang tak perasan tentang kewujudan pakej iPhone Digi, boleh rujuk sini

Related Posts with Thumbnails