Monday, March 29, 2010
Blogwalking Tak Salah, Tapi Pastikan Beradap Sedikit
Blogwalking adalah salah satu cara efektif untuk meningkatkan trafik blog. Selain berkenal dengan geng bloggers lain. Caranya mudah saja, sama ada meninggalkan komen di post, ataupun sekadar tinggalkan pesanan di shoutbox.
Tetapi aku agak kecewa dengan sikap sesetengah orang. Aku tak klasifikasi mereka sebagai blogger, sebab mereka sendiri tiada blog. Aku cerita tentang apa? Lihat sajalah gambar screen shot di atas. Itu diambil dari laman blog aku sendiri FTN. Gambar shout box seperti korang selalu nampak di sebelah kanan tu.
Cuma aku kecewa hari ini. Kerana ada pihak yang salah guna blogwalking. Dah lah tiada alamat blog, menempel pula link untuk klik duit. Yang paling menjengkelkan aku, 4 kali post di shout box, dengan 4 nama berlainan tapi url klik duit yang sama. Sangatlah obvious.
Apapun, aku harap dalam mengejar trafik blog, pastikan kita beretika dan beradab. Yang pasti trafik akan sampai ke blog kita kalau kita ikhlas blogwalking ke tempat lain. Kesimpulannya, aku takkan click url yang direct link ke "klik-klik duit" ini. Harap maklum!
p/s : nak berbisnes pun kena lah ikhlas. duit tidak akan kemana la beb!