Kejam!!!
Speechless. Aku tidak mampu mengulas lagi tentang kejadian ini. Kenapa kejam sangat manusia zaman sekarang? Tak cukup dengan kes bakar bayi sebelum ini. Ada pula kes dera sampai membunuh anak seperti pemandu teksi yang hilang akal, serta kelindan lori yang ganas ini.
Sampai bila? Sampai bila manusia nak sedar kekejaman yang mereka lakukan ini? Kemana hilangnya akal fikiran mereka? Apa salah anak-anak kecil itu? Aku harap kedua pasangan laki dan perempuan yang buat anak ini (gambar di atas), mendapat balasan setimpal. Kalau tak insaf juga, kasi anjing rottweiler atau german sherperd polis yang ganas gigit sama anu mereka.
KUALA LUMPUR 26 Mac - Belum pun cukup seminggu kes seorang bayi perempuan ditemui di tempat pembuangan sampah di Ipoh, Perak, negara sekali lagi digemparkan dengan penemuan mayat seorang bayi lelaki dalam keadaan yang tragis hari ini.SOURCE : Utusan
Jika bayi perempuan yang ditemui itu selamat dan diberikan nama Mahsya Kurnea, nasib yang dilalui bayi lelaki ini tidak sama.
Sebaik sahaja dilahirkan, bayi yang masih bertali pusat itu diisi dalam plastik lalu dibuang di tepi jalan berhampiran sebuah kilang simen di Jalan Padang Tembak, Kampung Melayu Subang.
Sebelah tangan bayi malang yang telah bercerai dari badan itu kemudiannya digonggong oleh salah seekor daripada sekumpulan anjing yang menyelongkar bungkusan plastik itu.