Wednesday, March 24, 2010

Ini Bukan Entri Tentang Nombor Ekor Apatah Lagi Jualan Lelong Kereta


Pertama sekali, ini dipetik dari akhbar The Star Online. Di atas adalah satu "print screen" daripada laman online The Star mengenai satu laporan kes penipuan jualan kereta. Sekali baca memang tiada masalah laporan tersebut. Ia adalah satu laporan jenayah yang normal.

Tapi jika korang prihatin dan sangat "particular", pasti akan rasa ada kesilapan dalam laporan ini. Boleh teka? Kalau tak boleh, sila teruskan membaca.



Sila perhatikan gambar, dari kiri disebut En. Wan Izham, Wong dan Nge menunjukkan gambar kereta masing-masing yang dilarikan penjual kereta. Seorang lagi ialah Datuk Michael Wong dari Biro Aduan MCA yang memegang salinan kad pengenalan suspek.

Ok, jika diperhatikan ayat yang aku tandakan merah itu, penulis memberitahu kereta Caldina milik Wan Izham mempunyai nombor pendaftaran BFR 966, sedangkan dalam gambar jelas menunjukkan Wan Izham memegang gambar Caldinanya, dengan nombor pendaftaran WQB 1124. Nampaknya ada percanggahan fakta di situ.

Walaupun ia mungkin satu perkara remeh, tapi bagi aku kesilapan kecil sebegitu boleh mengelirukan orang ramai. Jadi BFR 966 tu nombor pendaftaran siapa? BMW itu pun jelas menunjukkan nombor BKJ5520. Jadi ia mungkin milik kereta Proton Putra milik Nge.

Jadi apa pendapat korang? Perasan tak kesilapan tersebut? Tak mungkin typo error, sebab jauh sangat beza kedua nombor itu.

Kesimpulannya, aku hanya mahu berkongsi penemuan aku hari ini..haha

SOURCE : TheStar

Related Posts with Thumbnails