Wednesday, March 17, 2010

Bila Tak Suka Sesuatu, Kita Buka Facebook Dan Luahkan Saja..begitu?

Sejak disiarkan pada awal Januari ini, program Terjah menerima banyak maklumbalas negatif sehingga ada yang menyarankan program itu dihentikan segera. - mStar 
Suka sangat terjah orang, kali ini anda di terjah! Bagaimana? Mampukah menanggung terjahan?

Semalam, akhbar MStar ada melaporkan aduan dari persatuan Seniman berkenaan program terbitan TV3 iaitu Terjah. Dikatakan ia menerima banyak maklumbalas negatif dan meminta rancangan itu dihentikan.

Aku adalah salah seorang daripada mereka yang kurang bersetuju dengan program ini. Bagi aku, terjahan mereka keterlaluan. Dengan bahasa yang agak kasar dan menumpu kepada isu-isu peribadi yang mengaibkan artis.





Dalam masa yang sama, seperti biasa Facebook akan jadi tempat luahan perasaan. Kalau sebelum ini wujud "Hate Page" terhadap beberapa orang artis, hari ini pula kecoh di radio membincangkan tentang kewujudan laman "Hate Page" mengenai wartawan hiburan di Malaysia. Bukan itu sahaja, ramai "fans" menggunakan bahasa kurang elok ditambah dengan meletakkan gambar-gambar wartawan hiburan.

Mungkin ini lah akibat kalau terlalu "Laser" di televisyen, penonton pun dah belajar jadi "Laser". Terkena balik kat diri sendiri.

Sambung sikit lagi petikan berita semalam:
Sementara itu, peguam mewakili Seniman, Zahrin Ishak mengatakan walaupun mengikut undang-undang, hal itu masih kabur, namun setiap orang mempunyai hak asasi masing-masing.

"Hak peribadi harus dipertahankan. Jadi, kita perlu mengambil respons lebih-lebih lagi negara ini merupakan sebuah negara Islam."

"Program Terjah memalukan keluarga artis apabila menyentuh tentang kes penceraian kerana ia tidak sepatutnya diceritakan kepada khalayak ramai," katanya memberikan pendapat.
Dan aku pasti, sebab itu ada pihak yang meluahkan rasa tidak puas hati pada sikap "wartawan" hiburan dengan mewujudkan laman "Hate Pages". Aku menyedari kewujudan laman ini selepas mendengar isu bualan di Hot.FM pagi tadi. Kalau tak percaya, lihat screenshot dibawah.


Aku 50-50 dalam hal ini. Memang kadang-kadang kita geram dengan sikap "wartawan" hiburan, dan kita ada kebebasan bersuara, tapi kebebasan bersuara tidak bermakna kita boleh maki hamun dengan perkataan yang kurang enak. Tak patut. Janganlah kita merendahkan level pemikiran kita akibat nafsu marah.

Dipetik dari mStar 

p/s : sebelum kita membuka aib orang lain, cuba bayangkan bagaimana kalau ia berlaku ke atas diri kita? lebih-lebih lagi dirakam dan ditayangkan di TV untuk tatapan berjuta-juta orang. Boleh?

Related Posts with Thumbnails