Tuesday, March 23, 2010

Pencapaian Pertama Blog FTN Sejak 6 Bulan Blogging

Terkejut bila mendapati yang aku...
Baru dapat 1st Buffered Earnings dari Nuffnang..hehe
6 Bulan menanti akhirnya. Kesimpulan yang aku dapat, semuanya tidak mustahil. Kenalah sabar dan rajin. Apatah lagi blog yang trafiknya ciput ini. Kalau tak kekalkan, macamana nak dapat buffered earnings kan? Sekurang-kurangnya 100 ke atas setiap hari kalau tak salah aku. Tolong betulkan kalau aku salah.

Apa bezanya berbanding 6 bulan lepas? Masa itu aku guna khidmat wireless broadband. Aku mula lebih aktif post blog lepas bertukar ke Streamyx. Lebih laju dan stabil untuk upload gambar ke dalam blog. Tak perlu tunggu loading lama lagi tiap kali nak post. Bukan itu saja, nak menziarah dan komen di blog lain pun lebih pantas.


Selain itu, sejak berkenalan dengan rakan-rakan blogger, aku lebih yakin ditambah pula tips-tips yang dikongsi ketika gathering tempoh hari. Memang membawa kesan pada blog FTN ini. Tak lupa juga tips-tips yang aku dapat dari bloggers yang murah hati berkongsi ilmu seperti Eyriqazz, Melz, Kujie, dan banyak lagi.

Itu saja. Walaupun begitu, 1st check masih jaaaauh lagi. Namun, ianya tidak mustahil kan? Kalau pun aku lewat mendapat check, jangan risau kerana aku takkan buat Hate Page di Facebook.
Apa pun, kerana mendapat buffered earning yang pertama, aku ingin mengucapkan Arigatou Nuffnang!

Related Posts with Thumbnails