Thursday, March 18, 2010

Thursday Back to Back Drama : Penunggu Gunung Raya dan Asmaradana

Minggu lepas aku miss 1 episod Penunggu Gunung Raya. Tapi nasib baik boleh "catch up" kat TV3 online. Jadi aku sempat nonton sebelum episod ke-5 malam tadi. Bukan main lagi drama ini. Dah makin menjadi-jadi pula seramnya. Dengan scene-scene yang lebih menakutkan.

Keliru juga aku macamana drama ini boleh lepas ditayangkan. Macam dah keterlaluan pula. Dengan babak pemujaan dan sebagainya. Watak-watak seram pula bukan main hebat lagi. Ala-ala campuran horror flick Jepun dan Hollywood.

Ini adik-beradik Damak

Kali ini, Damak sudah muncul. Dalam keadaan seperti Zombie. Siap bawa lastik kayu dia. Azam dan adik-beradiknya sudah mula mengingati kisah mereka ketika kecil. Agak susah nak faham juga jalan ceritanya.

Tapi apapun, make-up memang berjaya dalam drama ini. Rasanya produksi Aliff Firdaus kena belajar sikit dari mereka. Hehehe.




Okeh, lepas Penunggu Gunung Raya sudah tentu drama pujaan musim ini; Asmaradana. Semalam aku tak sempat buat review. Tapi ada satu yang aku nak komen tentang episod semalam. Kenapa Rafeah tidur dengan pakai make-up???? Tebal pula tu. Tak logik lansung! Nasib baik dia jatuh tangga dan watak dia pun tamat. So sekarang tinggal Tengku Marlia laser seorang diri dalam rumah tu. Oh satu lagi flaw, kenapa Tengku Marlia tidur dengan pakai subang besar? Tak logik lah! Azizah diberi kerja di syarikat Tengku Farouk. Macam dah semacam je dengan Fariz. Dan dalam masa yang sama ada hati dengan lelaki pujaan Mimi, Amran.

laser gila watak Tengku Marlia


p/s : standard typical malay drama. I smell Triangle Love?

Related Posts with Thumbnails