Friday, March 26, 2010

Kalau Yang Memandu Macam Mabuk, Yang Menunggang Macam Apa?

Ini bukan upacara penyembahan

SHAH ALAM: Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) meminta pengguna tidak menggunakan telefon bimbit walaupun dengan alat bebas tangan ketika memandu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Suret Singh berkata, larangan itu berhubung kajian di Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun dua tahun lalu penggunaan alat bebas tangan ketika memandu memberi impak sama seperti pemanduan dalam keadaan mabuk.
Itu kajian terhadap pemandu yang menggunakan alat bebas tangan (handsfree). Jadi bagaimana kalau yang tidak menggunakan alat bebas tangan? Lebih teruk lagi mereka yang menunggang motosikal sambil menggunakan telefon bimbit? Lebih teruk dari mabuk barangkali.

Semalam aku hampir sakit jiwa akibat seorang penunggang motosikal yang menukar laluan tanpa mengambil kira kereta aku yang datang dari belakang. Rupanya dia sedang menulis sms di telefon bimbit. Signal belok pun tiada, apatah lagi hendak tengok cermin sisi. Geram!



brader ini sangat desperate nak update status FB;
"I'm currently texting while driving

Dua-dua pun dah kira mabuk ni. Kids, don't try this at home!

Signboard ni kena update, sebab sekarang semua dah touch screen!

p/s : gambar dari Google.com, petikan berita dari Harian Metro

Related Posts with Thumbnails