Showing posts with label Digi. Show all posts
Showing posts with label Digi. Show all posts

Friday, November 11, 2011

DiGi Tawar Samsung Galaxy Note Dengan Harga Bermula RM1,549!


Wait semenet! Kalau tadi CELCOM dah tayang plan terbaru dengan Samsung Galaxy Note, kali ini DiGi pun kasi tawaran baekk punya. Korang boleh grab sebiji Samsung Galaxy Note dengan harga serendah RM1,549 dengan pakej Smart Plan 68 (kontrak 2 tahun)! Ini gila babeng murah weh!

Untuk details plan yang ditawar oleh DiGi adalah seperti berikut :

DG Smart Plan 48 (12 months)RM1,899
DG Smart Plan 48 (24 months)RM1,749

DG Smart Plan 68 (12 months)RM1,799
DG Smart Plan 68 (24 months)RM1,549

maklumat lebih lanjut boleh layari DiGi

Apa tunggu lagi? Kepada mat-mat belagak power dan poyo, serta minah-minah tak reti pakai gajet tapi nak tayang..bolehlah beratur di kedai-kedai DiGi untuk mendapatkan Galaxy Note terbaru korang. Lepas tu gantung kat leher sebab tak muat poket seluar jeans ketat korang tu. Buat plak nak kayuh basikal fixie..sendat beb..sendat. Kalau malas pegi kedai, surf je DiGi online store..apa susah!


Tuesday, March 16, 2010

Memang Bagus Kalau Pengguna Diberi Banyak Pilihan, Setuju?

gambar dari Google.com

Wah, sekarang nampaknya perang iPhone bakal bermula lagi. Sebelum ini kalau tak silap aku awal 2009, Maxis merupakan satu-satunya rangkaian yang menawarkan iPhone dalam pakejnya. Selepas itu, iPhone menjadi "boom" di Malaysia. Ramai menggunakan iPhone. Mungkin sebab ia stylo dan cool. Lagipun ia sudah menjadi trend terkini.

logo Digi dari Google.com

Dan sehingga pagi tadi, seriously aku ingat hanya Maxis yang menawarkan iPhone di Malaysia (secara pakej ye). Tetapi, terima kasih kepada iklan nuffnang yang muncul aku baru tahu yang Digi pun akan menawarkan iPhone dalam pakejnya. Aku jarang bukak website mereka jadi tak berapa ambil tahu.

Tapi baguslah. Sekurang-kurangnya sekarang kita sudah ada banyak pilihan. Yang mana lebih berbaloi dan sesuai, itu terletak pada pilihan masing-masing. Kalau tak silap aku, Celcom pun berhajat nak "counter" offer dari Digi dan tidak mahu ketinggalan dalam perang iPhone di Malaysia ini.

Apapun, yang gembira ialah kita semua. Kerana pilihan sudah bertambah.

Kalau ada yang tak perasan tentang kewujudan pakej iPhone Digi, boleh rujuk sini

Related Posts with Thumbnails