Satria Neo R3 - Lotus F1 Edition
PROTON hari ini melancarkan satu model khas sempena dengan perlumbaan F1 yang bakal berlansung di Litar Sepang minggu hadapan. Pengubahsuaian dilakukan oleh R3 (Race Rally Research), dan berharga RM115,000! Perubahan yang ketara ialah dari segi "performance" kereta. Menggunakan enjin CAMPRO CPS 1.6cc yang diupgrade dari 125HP kepada 145HP dan hanya dalam versi Manual sahaja. Selain itu, bonet kereta menggunakan carbon, serta bentuk fender sisi yang baru dengan emblem lotus racing. Lain-lain termasuklah sistem suspensi sports baru, rim aloi R3 dan sistem brake AP Racing 4 Pot with ventilated rotors with ABS & EBD.
Lain-lain penambahan boleh rujuk detail specs di bawah :
Kenapa PROTON Satria Neo R3 ini mahal sangat? RM115,000 untuk sebuah hatch 2 pintu. Mungkin mahal bagi kita, tapi tidak pada racing enthusiast. Kereta ini di "upgrade" banyak dari segi performance. Jadi tidak nampak banyak beza dari segi luaran. Biasanya performance parts memang mahal, dan ini bukan modifikasi tahap Ah Beng kedai Abang. Ini professional upgrade oleh R3 division yang terkenal dengan kehebatan geng drift mereka yang diketuai oleh Tengku Djan.
Kalau sebelum ini model Satria Neo R3 mendapat sambutan hangat, aku pasti 25 biji limited edition Neo R3 Lotus Racing Edition ini pasti menjadi rebutan di kalangan peminat hot hatch. 145HP dengan handling mantap dari Lotus, sudah pasti memuaskan hati para racers. Tapi jangan la merempit. Kalau nak merempit pun, pastikan reti guna benda ni. Lepas tu jangan pulak buat perangai macam ini.
Source : Paultan.org