Wednesday, March 31, 2010

Berkongsi Sedikit Pencarian Dari Google Mengenai Tikus dan Bahaya Leptrospirosis

Masih lagi terkejut dengan berita keadaan pelawak dan DJ Era.FM Din Beramboi yang sedang koma di Hospital Selayang, aku merajinkan diri mencari maklumat tentang jangkitan kuman yang dihadapi beliau. Dilaporkan Din Beramboi mengalami pendarahan dalaman akibat termakan makanan yang dicemari dengan urine Tikus ketika pengambaran di sebuah Zoo. Daripada carian, aku dapati terdapat satu bakteria yang dalam urine haiwan (dalam kes ini Tikus), yang boleh membawa penyakit yang serius.

budak ni cari penyakit!


1. Apa yang ada dalam urine seekor Tikus?
Dalam urine(kencing) Tikus, terdapat sejenis bakteria Leptospira.

2. Apa kesan dari bakteria Leptospira?
Ia boleh mengakibatkan penyakit Leptospirosis iaitu satu penyakit yang teruk dan boleh berjangkit. Juga dikenali dengan nama Weil's Disease, Icterohemorrhage, Swineherd's Disease, Canicola Fever, Jaundis berdarah dan lain-lain.

3. Bagaimana Leptospirosis berlaku?
Biasanya disebabkan oleh pendedahan kepada kuman yang terdapat dalam air atau makanan yang tercemar dengan kencing binatang (dalam kes Din Beramboi, Tikus) dan kebanyakkan kes berlaku di negara beriklim panas seperti Malaysia.

4. Tanda dan Gejala Leptospirosis
Bermula dengan deman, sakit anggota badan dan pening kepala. Batuk tidak berkahak, loya, muntah dan cirit birit. Ada juga pesakit yang mengalami sakit otot, bengkak salur kelenjar dan pembesaran hati.

5. Komplikasi Leptospirosis
Jangkitan kuman di otak, pendarahan dalaman, masalah pernafasan, kegagalan fungsi hati dan buah pinggang.

Okay, info mengenai penyakit Leptrospirosis di atas aku rujuk kepada laman web infosihat. Sambil-sambil itu juga banyak web yang memberi langkah-langkah pencegahan. Memandangkan tikus merupakan seekor haiwan yang suka meninggalkan kencing di merata tempat. Jangan tanya mengapa, ia merupakan sifat tikus (biasanya jantan) dan cara ia menonjolkan diri kepada tikus betina. Ia juga cara mereka menandakan kawasan tikus itu.

Disebabkan itu, kebersihan perlu diberi keutamaan. Kalau mereka yang menyimpan makanan, air tin dan sebagainya dalam almari atau stor, pastikan dicuci terlebih dahulu sebelum menggunakannya. Terutamanya air tin. Pastikan dibasuh permukaan tin, kerana khuatir terdapat tinggalan daripada tikus.

Mencegah lebih baik. Haruslah waspada demi kesihatan diri kita.

Apa pun, harapnya Din Beramboi yang sedang koma di hospital akan sembuh seperti sedia kala.

Jangan percaya, nampak je comel tapi tetap seekor tikus!


Source : Infosihat, Wikipedia, Google, Rat Behaviour

Related Posts with Thumbnails