Sunday, March 14, 2010

Kalau Ke Kemaman, Jangan Lupa Singgah Makan Otak-otak..Nanti jadi Pandai

Tiap kali ke pantai timur aku pasti singgah ke satu warung untuk menikmati santapan Otak-otak dan Sata yang sedap dan lazat. Untuk merasai kelazatan makanan tradisi tersebut, haruslah mencari di originnya. Lansung tidak sama dengan yang dijual di kedai makan USJ ataupun kedai mamak kat Shah Alam.

Jadi aku nak cerita satu kedai yang menjadi pilihan aku sejak kecil lagi. Dari dulu sampailah sekarang, aku pasti mencari warung Otak-otak Che Wan yang terletak di Geliga, Kemaman. Lokasinya mudah saja. Kalau anda dari KL menuju ke Kuala Terengganu, pasti melalui Geliga. Ada simpang tiga sebelum Masjid Geliga, menuju ke Pantai Teluk Mak Nik. Jumpa lagi satu simpang 3, belok ke kanan. Selang beberapa kedai, anda akan ketemu warung Che Wan di sebelah kanan.

Warung Che Wan ini sangatlah popular rupanya. Kalau ada sesiapa perasan, dahulu kala pernah disiarkan artikel mengenai warung popular ini di dalam Kosmo. Boleh rujuk edisi online kalau miss. Bayangkan 5,000 otak-otak dijual sehari..WOWW!

Walaupun lebih dikenali dengan Otak-otak, tapi aku lebih gemar pada sata nya. Kalau zaman remaja aku (cewah) seorang diri aku mampu makan 2 pinggan sata. Kali ini aku ke sana lagi. Dan ini kali pertama aku memandu sendiri, bersama wifey aku untuk menikmati makanan kegemaran. Aku tiba jam 2.30ptg. Nice timing, kerana warung baru nak "panas". Pengunjung luar belum ramai lagi. Dan baru 3 meja di isi. Tapi sebaik saja aku duduk, kereta mula memenuhi depan kedai, dan dalam sekelip mata, meja-meja dipenuhi pengunjung. Rata-rata semuanya dari Kuala Lumpur dan Kuantan. Di sebelah meja aku terdapat pelancong dari Jepun.
"I want Ice Teh Tarik" kata si Jepun (ayah)
"Nasi Goreng?" tanya si Jepun lagi.
"Nasi Goreng No" jawab adik yang ambil order.
"Jya, give me that (sambil menunjuk ke arah otak-otak)..Ikang, Ikang..and rice" kata si Jepun sambil tersengih-sengih.

Inilah warung Che Wan



Semua sudah tersedia. Pulut Panggang pun ada


Yang pasti, aku berpuas hati dan syukur dapat merasa kelazatan juadah otak-otak dan sata. InsyaAllah aku nak kesana lagi. Wifey pun sudah berkenan dengan sata..hehe.

p/s : Si Jepun hanya makan 3 bungkus Otak-otak. Mungkin agak "pedas" baginya..

Related Posts with Thumbnails