Showing posts with label Buang Bayi. Show all posts
Showing posts with label Buang Bayi. Show all posts

Thursday, August 19, 2010

Speechless Lagi dan Lagi

Photobucket
sumber Utusan


Ia berlaku lagi, dan lagi dan terus berlaku. Di mana kesudahannya? 

Monday, August 16, 2010

Pasangan Muda Mengaku Buang Bayi di Melaka

Nampaknya salah satu daripada kes buang bayi minggu lepas yang berlaku di Ayer Keroh Melaka menemui penyelesaian apabila sepasang kekasih muda (tak berkahwin) mengaku membuang bayi perempuan itu. Tak sangka pasangan berumur 18 dan 17 tahun itu sanggup membuang bayi.

Aku tak pasti pula sama ada bayi malang itu masih hidup atau tidak, tetapi melihat kepada petikan akhbar menyatakan pasangan terbabit bakal berhadapan hukuman penjara 7 tahun dan denda. Semoga mereka berdua insaf dan tidak lagi membuat perbuatan yang sia-sia.
MELAKA 16 Ogos – Sepasang kekasih yang bekerja di sebuah kilang di sini, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Melaka hari ini atas tuduhan membuang bayi perempuan di kawasan Kilang Daibochi di Ayer Keroh di sini pada pagi Rabu lepas.

Mohd. Zolhalmi Khamis, 18, dari Felda Jelai, Gemas, Negeri Sembilan dan pasangannya, seorang remaja berusia 17 tahun 10 bulan, juga beralamat yang sama, dituduh bersama-sama membuang bayi itu kira-kira 1 pagi pada 11 Ogos lepas.

SOURCE : Utusan Malaysia
Sessi soal jawab di FormSpring FTN!

Tuesday, August 10, 2010

Speechless

(gambar dari Utusan)

(gambar dari Utusan)

kenapa? 

Sebak tau tengok keadaan ini. Serius

Wednesday, May 19, 2010

Kurang Ajar Punya Budak

Ingat kisah budak remaja yang tanam bayi di Melaka minggu lepas? Hah, tengok wajah pembekal sperma tu. Tahu pula nak tunduk malu. Masa buat projek dengan anak dara orang dia tak tahu malu. Sekarang seluruh ahli keluarga dia pun dah dapat malu akibat tindakan bodoh dia. Tak perlu kita letak nama sesiapa.

Malas nak cerita panjang, sebab kes macam ini selalu berlaku. Cuma kali ini jelas wajah culprit (yang sanggup buang anak). Tak kiralah sama ada yang lelaki ke perempuan buang, asalkan sperma dia yang jadikan bayi itu, maka dia pun sama patut dihukum. Tapi aku pelik, macamana budak 15 tahun tu boleh terlepas sampai melahirkan anak. Takkan tiada seorang pun perasan perut dia yang boyot? Pandai cover eh?

Baca berita selanjutnya di Harian Metro.

Kesimpulan : Kepada lelaki/jantan/pria terhebat yang dah gatal dan tah tahan sangat, beritahu kat keluarga cepat. Cakap dah tak tahan nak kahwin. Paling kuat korang akan dapat pelempang, atau sepak terajang. Jadi kalau tak mampu, buat cara tak mampu. Kalau masih belajar, sambung je pelajaran. Jangan pula pergi cucuk anak dara orang, buat anak lepas tu lari lintang-pukang. Nanti malam-malam anak tu datang dalam mimpi macam Nightmare on Elm Street baru kau tau!

Inilah dia "Hero"
gambar ihsan Harian Metro

SOURCE : Harian Metro

Jangan malu jangan segan. Marilah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Saturday, March 27, 2010

Ini Kes Yang Paling Menyayat Hati

Kejam!!!

Speechless. Aku tidak mampu mengulas lagi tentang kejadian ini. Kenapa kejam sangat manusia zaman sekarang? Tak cukup dengan kes bakar bayi sebelum ini. Ada pula kes dera sampai membunuh anak seperti pemandu teksi yang hilang akal, serta kelindan lori yang ganas ini.

Sampai bila? Sampai bila manusia nak sedar kekejaman yang mereka lakukan ini? Kemana hilangnya akal fikiran mereka? Apa salah anak-anak kecil itu? Aku harap kedua pasangan laki dan perempuan yang buat anak ini (gambar di atas), mendapat balasan setimpal. Kalau tak insaf juga, kasi anjing rottweiler atau german sherperd polis yang ganas gigit sama anu mereka.

KUALA LUMPUR 26 Mac - Belum pun cukup seminggu kes seorang bayi perempuan ditemui di tempat pembuangan sampah di Ipoh, Perak, negara sekali lagi digemparkan dengan penemuan mayat seorang bayi lelaki dalam keadaan yang tragis hari ini.

Jika bayi perempuan yang ditemui itu selamat dan diberikan nama Mahsya Kurnea, nasib yang dilalui bayi lelaki ini tidak sama.

Sebaik sahaja dilahirkan, bayi yang masih bertali pusat itu diisi dalam plastik lalu dibuang di tepi jalan berhampiran sebuah kilang simen di Jalan Padang Tembak, Kampung Melayu Subang.

Sebelah tangan bayi malang yang telah bercerai dari badan itu kemudiannya digonggong oleh salah seekor daripada sekumpulan anjing yang menyelongkar bungkusan plastik itu.
SOURCE : Utusan

Related Posts with Thumbnails