Sunday, February 14, 2010

Siapa Malaun yang Sanggup Bakar Seorang Bayi??

Tong Sampah di mana bayi itu dibakar
(gambar dari UTUSAN)


KUALA KRAI: Mayat rentung seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui dalam tong sampah besar milik Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) di Jalan Tengku Zainal Abidin di sini pagi tadi.

Tidak dapat dipastikan sama ada bayi yang masih bertali pusat dan uri itu telah dibakar hidup-hidup.

Ketika ditemui tiga petugas MDKK yang sedang melakukan tugas memungut sampah di situ kira-kira 11 pagi, bayi yang berkulit cerah tersebut ditemui rentung pada sebahagian badan sementara kakinya juga terputus daripada badannya.


Terkejut aku membaca berita pagi ahad ini. Seorang bayi di ditemui mati dalam keadaan rentung di dalam tong sampah? Apa dah jadi dengan manusia zaman sekarang. Di Malaysia pula tu. Teramatlah kejam. Tak ubah seperti binatang yang tak berakal.

Siapa Malaun yang bakar anak kecil tidak bersalah ini? Cetek sungguh akal dia, mungkin IQ dia pun rendah sikit dari binatang-binatang kat zoo tu. Boleh dia tinggalkan bayi lelaki itu terbakar begitu saja di dalam tong sampah. Semoga dia mendapat balasan setimpal.


Malaun tu tak ubah macam orang Israel yang membakar bayi hidup-hidup


SOURCE : Bernama

1 feedbacks:

Sayang Amirah said...

eeii kalau x nak anak jangan buat . bongok tol .

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails