Sunday, February 28, 2010

Malaun ini lebih Hina dari Binatang!

Selamat kembali ke FTN. Kali ini kita mulakan dengan melihat beberapa keping gambar. Ada tiga gambar. Cuba perhatikan dan bandingkan ketiga-tiga gambar ini. Semuanya gambar binatang/haiwan. Ada Cheetah, Beruang Kutub, dan Serigala. Dan dalam gambar-gambar itu juga kita boleh lihat haiwan tersebut dan keluarga mereka. Anak-anak mereka kalau nak lebih tepat. Semuanya sihat-sihat, semuanya comel-comel dan semuanya bernaung dibawah jagaan ibu atau bapa mereka. Sifat kekeluargaan mereka sama seperti sifat kasih sayang kita sesama manusia.


Keluarga Cheetah


Keluarga Beruang Kutub


Keluarga Serigala

Teruskan membaca..



Tetapi lain pula kisahnya di Malaysia. Ada sesetengah manusia yang lansung tidak memahami erti kehidupan. Lansung tidak memiliki ciri-ciri seorang manusia, malah lebih hina dari binatang. Sanggup membunuh seorang insan kecil yang tidak berdosa.

Kisah malang ini berlaku kepada adik Syafiah Humairah, 3 tahun. Adik Syafiah meninggal dunia beberapa hari lalu akibat diseksa di taman berhampiran rumahnya oleh "Teman Lelaki" ibunya. Ya, "Teman Lelaki". Pada aku, itu sudah cukup menaikkan darah tiap kali mendengar berita mengenai kejadian yang mengejutkan ini. 

Apa hak seorang "Teman Lelaki" untuk menyentuh arwah Syafiah? Apakah yang dilakukan oleh arwah Syafiah sehingga dia diseksa sebegitu dasyat? Di dipukul, ditampar, dipijak, ditendang, dihentak sehingga mengalami pendarahan otak, kerosakan pada buah pinggang dan kulit kepalanya turut koyak. Difahamkan semua ini disebabkan arwah Syafiah lewat pulang ke rumah kerana waktu sudah senja.

Membaca akhbar dan menonton berita di TV, aku rasa kecewa kerana ibunya tidak direman sekali. Apa tidaknya, cuba baca petikan berita di bawah. Cerita ibunya terbongkar bila siasatan dilakukan.
Berikutan itu, suspek berusia 28 tahun kemudian ditahan pukul 3 pagi semalam bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, kematian Syafiah Humairah yang begitu kejam turut membongkar rahsia perhubungan haram antara ibu kanak-kanak itu dan teman lelakinya sejak enam tahun lalu.

Ibu kanak-kanak itu yang masih bersuami, disangkakan telah berkahwin dengan suspek kerana mereka memiliki seorang anak lelaki berusia setahun enam bulan, malah, wanita itu kini sedang hamil empat bulan.

Namun, rahsia perhubungan mereka yang hanya menyamar sebagai suami isteri itu terbongkar selepas siasatan polis mendapati pasangan itu tidak boleh berkahwin kerana wanita itu masih mempunyai suami.

Difahamkan, bapa kanak-kanak malang itu yang hanya dikenali sebagai Sahari ditahan di Penjara Sungai Buloh kerana didakwa terbabit dalam kes bunuh sejak tahun 2006.

Selain berhadapan tuduhan bunuh, suspek yang ditahan reman selama tujuh hari sehingga Khamis depan bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang syariah kerana bersekedudukan sehingga melahirkan anak luar nikah.
Mempunyai hubungan dengan lelaki lain selama 6 tahun walaupun masih isteri orang? Daripada gaya cerita dan siasatan polis, mereka seolah-olah tinggal bersama dan "berkahwin". Aku tak pasti kebenaran kisah ini, tapi jika benar, aku cukup jelak melihat lakonan Siti Nor Hanim di TV. Aku hairan kenapa dia boleh membiarkan anaknya bersama dengan "Teman Lelaki" itu. Aku hairan kenapa dia nak memohon perlindungan JKM pula?

Pada aku dia tidak layak diberi perhatian. Dia tidak layak diberi perlindungan. Dia sepatutnya direman bersama-sama "Teman Lelaki" itu. Kalau bukan kerana kes bunuh, sekurang-kurangnya kerana bersekedudukan dengan suspek bertahun lamanya. Dia juga patut disebat dan dipenjara. Tak perlu berpura-pura pengsan dan tidak mengetahui perangai "Teman Lelaki" nya hanya untuk menyelamatkan diri sendiri di hadapan kamera. Aku yakin dia tidak ambil peduli anaknya. Sebab dikatakan terdapat kesan lebam dan rokok sebelum itu, dan mustahil ibunya tidak perasan anaknya didera. 6 tahun bersama mustahil dia tidak mengenali sifat "Teman Lelaki" itu.

Geram, dan harap-harap "Teman Lelaki" itu akan dibalas setimpal!!

Aku pasti akan ada lebih banyak fakta akan terungkai lepas siasatan lebih lanjut. Pasti terbongkar kisah hidup ibunya, yang baru berusia 25 tahun itu. Harap-harap kisah ini akan lebih jelas, dan semua boleh menilai baik buruknya.

Apa pendapat anda semua tentang kes ini?


SOURCE : Utusan

2 feedbacks:

s Y @ f ! a H said...

sy stuju.. ;-)
tp kalau dah mak kandung dia sendiri da mcm merelakan tubuh adik syafiah kita dpukul,ditndang... agknya mak dia da 'buta' krn cinta la kot..

apa2 pun kita hanya boleh buat satu je skrg ni..iaitu berdoa agr roh adik syafiah tenteram dan orang yang mnybbkan kmatian dia akn dhukum dan dburu rasa bersalah spanjag hayat...AMIN

Adzrien Shoppe said...

buta hati... sedih & geram baca berita ni.

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails